Bundesliga menyambung aksinya secara rasmi pada hari ini seperti yang dirancang.

Namun perlawanan dilangsungkan dalam suasana penuh protokol kerana koronavirus.

Aksi sambungan menyaksikan Revierderby yang panas di antara Borussia Dortmund dengan Schalke 04.

Namun malang buat Schalke apabila dibelasah oleh Borussia Dortmund dalam aksi yang cemerlang pasukan Lucien Favre.

Schalke jelas tidak bermain dalam fokus terbaik dalam perlawanan ini. Melakukan beberapa siri kesilapan yang dihukum lawan.

Dortmund mencetak 4 gol menerusi 4 percubaan tepat pertama mereka.

Erling Braut Haaland memulakan malam pembelasahan Schalke dengan gol cantik pada minit ke-29.

Haaland meraikan gol dengan penjarakan sosial.

celeb

Raphael Guereiro menambah dua lagi gol untuk pasukannya. Beliau malah hampir sahaja menjaringkan hatrik dalam aksi ini.

Manakala satu lagi gol Borussia Dortmund adalah menerusi bintang mereka Thorgan Hazard.

Kemenangan ini terus memastikan Borussia Dortmund terus bersaing rapat dengan Bayern Munich untuk perebutan kejuaraan Bundesliga musim ini.

Baca juga perkembangan lain bola sepak eropah

Houllier Tuduh Pembatalan Ligue 1 Satu Konspirasi Kerajaan Ke Atas Lyon

UEFA Akhirnya Akui Pengadil Membantu Kemenangan 6-1 Barca Ke Atas PSG

10 Bek Tengah Terbaik Di Eropah Ketika Ini