Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2 dalam aksi Der Klassiker.

Bayern berkunjung ke Signal Iduna Park berdepan dengan seteru utama mereka.

Bayern memulakan perlawanan dengan sangat baik. Lewandowski memiliki peluang dari jarak dekat tetapi rembatannya liar.

Pada minit ke-14, Leon Goretzka menanduk bola tepat ke arah gawang namun ditepis oleh Roman Burki.

11 minit kemudian, BvB hampir di belakang apabila Lewandowski menembusi gawang mereka. Namun VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid.

Dan pada minit ke-45, akhirnya di hadapan menerusi penyerang antarabangsa Jerman, Marco Reus.

Malangnya, kelebihan itu tidak bertahan lama kerana. Kerana sebelum masuk ke bilik rehat, pada masa kecederaan, Bayern menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma David Alaba.

https://twitter.com/i/status/1325142152175738880

Alaba kelihatan sangat lega dapat menyumbang gol selepas minggu yang sukar untuk beliau, dihimpit isu masa depannya bersama Bayern yang dibincangkan presiden kelab secara terbuka.

alaba

Bersambung babak kedua, Erling Haaland memiliki peluang untuk menambah jaringan pasukannya dalam situasi dia melepasi pertahanan akhir Bayern. Namun tindakannya yang teragak agak membuatkan bola lemah dilepaskan.

Pada minit ke-48, tandukan Lewandowski berjaya menyambut hantaran silang Lucas Hernandez untuk menewaskan Burki, 2-1.

Dua minit kemudian, Bayern hampir menjaringkan gol lagi, tetapi rembatan kuat Coman hanya terkena palang.

Borussia Dortmund mengancam kubu Bayern beberapa kali tetapi Manuel Neuer kelihatan tidak mampu ditewaskan lagi.

Sebaliknya Bayern yang menambah jurang gol kepada 3-1 apabila Leroy Sane menewaskan Burki.

BvB memberikan respon segera dan Haaland merapatkan jurang gol untuk pasukannya pada minit ke-83.

Borussia Dortmund harus menyalahkan diri sekali lagi apabila Reus melakukan percubaan yang teruk untuk menyamakan kedudukan.

Mana mereka tak menyalahkan diri sendiri, daripada kedudukan 3 mata, kepada peluang untuk mendapat 1 mata, kesemuanya dipersiakan.

Tamat perlawanan Bayern menang 3-2.

Baca juga perkembangan lain

Alasan Fernandes Abaikan Peluang Hatrik Dan Memilih Untuk ‘Assist’ Cavani

EPL: Bruno Fernandes Dan Cavani Hancurkan Everton

Lazio Berdepan Penyingkiran Serta Merta Kerana Menipu Ujian Covid-19