Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) telah memuat naik kemas kini terbaharu buku Laws of the Game 21/22 dalam pelbagai bahasa termasuk versi Bahasa Malaysia yang diterbitkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman web rasmi mereka, www.theifab.com baru-baru ini.

Inisiatif bersama Unit Pengadil FAM dan Jawatankuasa Pengadil FAM di bawah kepimpinan Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram selaku pengerusinya telah memastikan buku Laws of the Game 21/22 dalam versi Bahasa Malaysia yang dinamakan Undang-Undang Permainan 21/22 ini dapat dicapai secara lebih meluas di peringkat global untuk secara tidak langsung akan memberi kemudahan pemahaman undang-undang kepada keluarga pengadil di rantau ASEAN khususnya.

lawsofthegames

Pada masa ini, buku Laws of the Game 21/22 hanya terdapat dalam lapan bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman, Perancis, Sepanyol, Russia, Ukraine, Itali dan Bahasa Malaysia yang julung kalinya dipaparkan di laman web rasmi IFAB itu.

Penterjemahan buku Undang-Undang Permainan 21/22 itu telah diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Pengadil FAM, Encik Noor Anuar Abdullah Sani dan dibantu oleh Unit Pengadil FAM serta beberapa orang Instruktur Pengadil tempatan.

Buku Undang-Undang Permainan 21/22 itu boleh dimuat turun melalui pautan berikut Law of the Game Bahasa Malaysia.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

RASMI: Jalil Rasheed Sah Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu Kelab KV Kortrijk

Tokyo Verdy Miliki Skuad Sepak Takraw Wanita, Bukan Sekadar Kelab Bola Sepak Semata-Mata

Perak FC Iklan Jawatan ‘Pemain Piala Presiden’ Melalui Portal Kerja Kosong, Gaji Sehingga RM1,999 Sebulan