Berdasarkan sesi ‘live’ yang diadakan oleh TMJ di laman sosial rasmi JDT semalam, kira-kira 16 orang pemain dari pasukan JDT II akan dilepaskan bagi membuka peluang buat pemain-pemain muda dari skuad JDT III dan JDT IV untuk terus mendaki hierarki dalam kelab Harimau Selatan tersebut.

Selain itu, TMJ juga turut menjelaskan pasukan JDT perlu mengambil langkah penjimatan tahun hadapan untuk disalurkan kepada stadium baru mereka dan dengan melepaskan 16 orang pemain berserta 3 orang staf JDT mampu jimat sehingga RM5.6 juta.

“Sebagai contoh kita mahu save kita punya bajet, pasal kita akan keluarkan banyak duit untuk stadium baru kita tahun depan.

“Apa yang kami buat? Saya tiada pilihan melainkan terpaksa melepaskan 16 pemain dan 3 orang staf. 16 pemain JDT II akan keluar dari pasukan. Sebab, JDT II sebagai reserve club, umur pemain sudah 26-27 tahun, no point.

“Jadi saya perlu memberikan peluang kepada pemain JDT III, JDT IV untuk dinaikkan, bagi memastikan tiada blockage dari perspektif perkembangan pemain.

Kemudian, TMJ meneruskan penjelasan mengenai situasi jurulatih JDT II yang akan menggunakan jurulatih dari Sepanyol mulai musim hadapan.

“Mengenai jurulatih, saya terpaksa menolak beberapa jurulatih yang sudah tak relevan lagi dengan kelab. Kami mungkin akan melantik jurulatih dari Sepanyol untuk JDT II, bagi memastikan falsafah JDT dari pasukan utama sehingga pasukan JDT U12 selaras. Kita perlu bermain bola sepak yang sama.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

JDT Tinggalkan Stadium Larkin Dengan Pencapaian Yang Cukup Hebat

Ulu Hati Robek, Eks Pemain Johor Darul Ta’zim Akhiri Musim Lebih Cepat

Selangor Destinasi Baharu Brendan Gan?