Penjaga gol PDRM FA, Bryan See Tian Keat dikhabarkan mahu mencari pasukan baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran yang mana antara pemain terbaik PDRM musim lalu itu mahu mencuba haluan baharu pada musim 2021 nanti.

Bryan See menampilkan prestasi cemerlang pada awal musim 2019 lalu dimana persembahan yang paling diingati dari penjaga gol berusia 26 tahun itu ialah ketika menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bryan berjaya menepis segala percubaan yang dilancarkan ke gawang PDRM, malah beliau juga berjaya menyelamatkan sepakan penalti Diogo Luis Santo.

Namun, tindakan susulan penyerang dari Brazil itu gagal dihalang oleh Bryan sekaligus menyaksikan The Cops kalah dengan keputusan 1-0.

Bryan See
Sumber Gambar: PDRM FA

Setakat ini, masih belum ada pasukan yang menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat bekas penjaga gol PKNP FC (kini dikenali sebagai Perak II) itu.

Selain beraksi di Liga Malaysia, Bryan juga pernah beraksi di Thailand dimana beliau menyarung jersi Bangkok FC dalam saingan Thai League 3.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Selepas 5 Tahun, Rozaimi Sah Tinggalkan JDT

Herold Goulon Kekal Bersama Pahang Musim Hadapan

Rayuan UKM FC Dan Felda United Ditolak, Tidak Dibenarkan Beraksi Dalam Liga Malaysia 2021