Sejak akhir-akhir ini ramai pemain yang muncul dan berhasrat untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan sekaligus menjadi pemain warisan negara.

Pemain seperti Marcel Kalonda, Harry Edge, Kobe Cong dan Samuel Bone antara pemain yang berminat untuk beraksi bersama pasukan negara sekaligus menimbulkan perdebatan di kalangan pemerhati dan juga peminat bola sepak tanah air.

Baru-baru ini, muncul pemain baharu yang dikaitkan dengan Malaysia. Nama pemain tersebut ialah Bruno Nazario, seorang pemain di bahagian serangan berusia 25 tahun yang beraksi bersama kelab Brazil, Botafogo secara pinjaman daripada kelab Bundesliga, TSG 1899 Hoffenheim.

Bruno Nazario
Bruno Nazario. Sumber Gambar: SB

Menurut perkongsian pengguna Twitter, Marco Negeri, dalam satu temu bual bersama Botafogo TV, ketika ditanya sama ada beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Bruno tidak dapat memberikan jawapan jelas mengenai perkara itu.

Semakan lebih lanjut dilakukan dan mendapati keluarga serta kenalan rapat Bruno di Brazil telah menafikan sama sekali bahawa beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Jika Bruno Nazario mahu beraksi bersama Malaysia, maka beliau perlu melalui proses seperti Mohamadou Sumareh ddan Liridon Krasniqi iaitu dengan bermain di Malaysia selama lima tahun bagi mendapatkan status sebagai pemain naturalisasi.

Baca artikel lain mengenai pemain yang dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya di sini:

Samuel Bone Berminat Sarung Jersi Harimau Malaya?

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Harry Edge Sedia Untuk Beraksi Bersama Skuad Harimau Malaya