Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes yang meledakkan hatrik pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 ketika bertemu Leeds United, tempoh hari memuji sumbangan hebat diberikan Paul Pogba.

Selain daripada hatrik pemain kelahiran Portugal itu, Pogba turut mencuri tumpuan apabila beliau mencipta empat bantuan jaringan yang mana Manchester United mencatatkan kemenangan selesa 5-1 di Old Trafford.

Meskipun pelbagai spekulasi mengatakan beliau akan meninggalkan kelab tersebut pada setiap jendela perpindahan, Pogba jelas cukup profesional dalam menjalankan tugasannya sebagai pemain tengah yang cukup berpengaruh.

Aksi tenangnya dan bersahaja dalam membuka ruang luas buat rakan sepasukannya jelas membuktikan kemampuan serta kualiti hebat dimiliki pemain berusia 28 tahun itu.

“Sangat hebat, dia [Paul Pogba] melakukannya dengan cukup baik dan sememangnya seorang pemain yang hebat,” ujar Fernandes merujuk kepada aksi hebat ditampilkan Pogba menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Semua orang tahu mengenai perkara tersebut dan saya berharap agar dia dapat semakin meningkat dan terus meningkat kerana saya merasakan dia masih boleh melakukannya dengan lebih baik.”

“Saya sangat yakin bahawa Paul mampu untuk melakukan lima atau enam bantuan jaringan dalam satu perlawanan.”

“Paul merupakan seorang pemain yang berkualiti. Kami semua percaya kepadanya, kami semua juga tahu tentang kualiti yang ada padanya.”

“Semuanya [dilakukan Pogba] adalah untuk membantu pasukan dengan melakukan yang lebih baik dan saya yakin Paul berada di sini untuk melakukan perkara itu,” tambah Fernandes lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Pique: Barcelona Masih Mampu Rebut Semua Piala Meskipun Tanpa Messi

Gerard Pique Dedahkan Bukan Beliau Sahaja Bersetuju Untuk Potong Gaji

Sikh Izhan Bakal Diuji Kelab Liga Divisyen 2 Sepanyol?

 

 

 

Sumber