Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes berkata, pasukannya lebih mempunyai  identiti sejak ketibaan jurulatih Ralf Rangnick.

Dipetik daripada Sky Sports, Rabu, Bruno berkata semua pemain mengikut arahan Rangnick dan kakitangannya kerana menganggap itu yang terbaik untuk pasukan.

Bruno Fernandes menegaskan bahawa  beliau tidak pernah mendengar sesiapa mengeluh mengenai taktikal yang dicadangkan oleh Ralf Rangnick. Bruno Fernandes berharap bahawa para pemain akan terus kekal menyokong Rangnick.

“Kami perlu mengikut apa yang dirancang oleh pengurus dan kakitangannya kerana itu adalah cara terbaik untuk kami dan di kelab ini.”

“Saya tidak pernah mendengar sesiapa mengeluh tentang taktikal dan saya berharap tiada siapa yang akan berbuat demikian,” kata Fernandes. Kerana ianya perbuatan yang tidak menghormati idea jurulatih.”

“Ini kerana saya fikir kami telah melakukannya dengan baik sejak ketibaannya. Kami mempunyai lebih identiti sebagai satu pasukan,” sambung maestro antarabangsa Portugal itu.

Bruno  Fernandes seterusnya berkata dia tidak memahami bagaimana ada pihak menyebarkan khabar angin yang buruk tentang Manchester United dan menganggap ianya perbuatan orang yang laparkan perhatian.

“Jadi, secara jujurnya saya fikir ia hanya orang yang cuba mengadu domba dan membuat-buat cerita tentang kelab ini, kerana kami tahu apabila seseorang bercakap tentang kami, mereka akan pergi ke seluruh dunia dengan suara mereka dan itu adalah sesuatu yang mereka mahu.”

“Bagi kami, ia tidak bermakna apa-apa. Kami berpegang pada perancangan pasukan dan bersama-sama. Perkara paling penting ialah kekal bersatu dan menang bersama-sama,” kata Bruno.