Bintang tengah Manchester United, Bruno Fernandes tidak berpuas hati dengan kegagalan pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan Liga Negara Negara Eropah musim ini.

Ini selepas skuad Portugal tewas dalam aksi kelima bagi kumpulan S3. Sekaligus gagal untuk mara semifinal dan seterusnya ke final buat kali kedua berturut turut.

Portugal memerlukan kemenangan ke atas juara dunia Perancis. Namun sayang sekali, impian Portugal hancur berkecai apabila Perancis menang tipis 1-0 menerusi gol pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante pada minit ke-53.

Portugal tidak dapat membalas gol tersebut. Perlawanan kedua dua pasukan berlangsung sangat sengit.

Selepas tamat perlawanan Bruno Fernandes berkata:

“Sayangnya, kami tidak mencapai sasaran kami untuk berada di final untuk kedua kalinya berturut-turut,” tegas Fernandes menerusi Instagrammnya.

“Sekarang adalah waktunya untuk melihat ke depan, fokus pada perlawanan yang berikutnya, dan terus mewakili negara kita ini dengan dedikasi dan komitmen terbaik,” tambah beliau lagi.

Portugal merupakan juara edisi sulung UNL menewaskan Belanda di final.

Bruno Fernandes terus menjadi pemain penting untuk negara dan juga pasukan kelabnya. Prestasi beliau sejak menyertai Man United sangat luar biasa.

Menjadikan beliau salah seorang pemain tengah yang sangat berpengaru terutama sekali dengan sumbangan gol yang tinggi, sama ada menerusi jaringan ataupun bantuan gol.

Baca juga perkembangan lain

Ramos ‘Miss’ Dua Penalti Membuatkan Sepanyol Terlepas 3 Mata

Cavani Meledak Lagi Dalam Aksi Kemenangan 3-0 Ke Atas Colombia

Woodward Beri Jaminan Man United Teguh Berdiri Di Belakang Kepimpinan Ole