Kapten Manchester United, Bruno Fernandes gesa rakan rakannya bangkit segera daripada kekalahan memalukan di tangan musuh tradisi mereka Liverpool di Anfield.

Manchester United diaibkan oleh Liverpool dengan jaringan 7-0.

Trio serangan Liverpool yang baru dibentuk musim ini, Mohamed Salah, Cody Gakpo dan Darwin Nunez masing masing menjaringkan 2 gol sesama mereka.

Dan satu lagi gol menerusi penyerang yang masuk sebagai pemain gantian iaitu Roberto Firmino pada minit akhir perlawanan sebelum wisel penamat dibunyikan.

Walaupun skuad Jurgen Klopp dilanda pelbagai masalah musim ini, namun masih dapat melakar kemenangan yang akan tersemat dalam lipatan sejarah pertembungan Derbi Barat Laut England itu.

Bruno Fernandes mengakui ianya keputusan yang mengecewakan. Kerana dia dan rakan rakannya datang ke Anfield dengan pemikiran yang sangat positif untuk meraih kemenangan ke atas musuh tradisi mereka itu.

Bruno Fernandes sebenarnya memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan ini. Namun tandukan terbangnya tersasar beberapa inci dari gawang Liverpool.

Bruno Fernandes bergelut dalam perlawanan ini. Sehinggakan dia menuai kritikan daripada legenda Man United, Gary Neville dan Roy Keane yang mempersoalkan karakternya sebagai kapten.

Selepas tamat perlawanan, Bruno Fernandes menggesa rakan rakannya segera bangkit daripada keputusan buruk ini.

Bruno Fernandes berkata: “Ianya sangat mengecewakan, menyakitkan, dan menyedihkan kerana ini adalah satu keputusan yang sangat teruk.”

“Kami bertandang ke sini dengan pemikiran berbeza sebelum perlawanan ini.”

“Separuh masa pertama, prestasi kami sangat baik, kami mencipta banyak peluang gol.”

“Kami mengawal hampir separuh daripada separuh masa pertama. Mereka tidak mencipta banyak peluang pada separuh masa pertama.”

“Malangnya, pada separuh masa kedua, kami cuba menyerang ke hadapan dan cuba menjaringkan gol. Tetapi kami agak hilang keseimbangan.”

“Kami memberikan ruang yang agak besar berdepan pasukan seperti ini [Liverpool]. Kami sepatutnya mengelakkan perkara itu berlaku.”

“Perlawanan ini menjadi sukar dan pantas. Kami pernah mengalami kekalahan sebelum ini dan berjaya bangkit dengan segera sekali lagi.”

“Itulah cara kami Manchester United, kami boleh jatuh, namun kami harus bangkit segera.”