Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes membalas sindiran olrh pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho terhadapnya.

Mourinho telah memperlekehkan gol Bruno Fernandes di Man United yang hanya hadir daripada sepakan penalti.

Bruno Fernandes telah menjadi salah seorang pemain paling berpengaruh di Manchester United pada musim 2019/2020 walaupun hanya beraksi separuh musim.

Pemain Portugal itu telah mencatat 12 gol dan 8 assist sejak tiba dari Sporting Lisbon pada akhir Januari 2020, dalam 22 perlawanan.

Namun Mourinho seolah oleh memperlekehkan sumbangan total 20 gol Bruno itu kerana 8 daripadanya adalah menerusi penalti.

“Bruno datang, dalam keadaan hebat, bermain dengan sangat baik, membuat Manchester United bertambah baik.”

0_IMG_3098

“Dia juga membuktikan dirinya sebagai salah seorang pelaksana penalti yang terbaik di dunia, kerana dia mempunyai sekitar 20 penalti untuk dijaringkan,” kata Mourinho pada Julai lalu.

Pada ketika itu, Bruno Fernandes tidak segera membalas kenyataan tersebut. Setelah hampir dua bulan, barulah pemain tengah itu akhirnya membalas kata-kata Jose Mourinho.

Bruno Fernandes mengatakan bahawa dia tidak tersinggung dengan komen Mourinho. Dia membalas dengan mendedahkan statistiknya dan membandingkan dirinya dengan bintang Manchester City, Kevin de Bruyne.

“Sejujurnya saya tidak tersinggung. Saya merasa seperti pengambil penalti yang baik dan tidak lebih daripada itu.”

https://twitter.com/EnockKobinaEsse/status/1300810605989892096

“Saya faham, tetapi saya tak ambil hati daripada apa yang diperkatakan Mourinho, kerana saya seorang yang sangat positif.”

“Saya menganggap dia mengatakan bahawa saya adalah seorang pemain yang bagus.”

“Saya dengar ada orang mengatakan, ah, dia hanya menjaringkan gol dari penalti.”

“Tetapi tidak lama dahulu saya melihat statistik, tanpa penalti. Hanya Kevin de Bruyne yang terlibat dalam lebih banyak gol daripada saya di England, melibatkan pemain tengah.

Baca juga perkembangan lain

Bartomeu Ancam Heret Messi Ke Mahkamah Jika Mengadu Dekat FIFA

RASMI: Van De Beek Milik United, Tak Sabar Nak Rasai Suasana Old Trafford

Messi Setuju Terma Peribadi Sertai City Dengan Perjanjian €700 Juta