Juara bertahan, Liverpool tersingkir daripada Piala FA selepas kekalahan 2-1 di Brighton.

Musim buruk Liverpool mengalami satu lagi tamparan hebat pada hari Ahad apabila juara bertahan disingkirkan daripada Piala FA, menyaksikan Liverpool sudah kehilangan kesemua gelaran domestik.

Kawalan dan penyudah cemerlang Kaoru Mitoma pada masa kecederaan membolehkan Seagulls mendapat tempat di pusingan kelima.

Liverpool telah mendahului di Amex melalui Harvey Elliott, tetapi kini pasukan itu hanya menang sekali dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Lewis Dunk menyamakan kedudukan sebelum rehat untuk Brighton dan pasukan tuan rumah sangat layak untuk kemenangan menerusi detik genius daripada Mitoma.

Pemain sayap Jepun itu menampan hantaran lintang Pervis Estupinan dan melakukan kawalan kemas dengan mengacah Joe Gomez dan merembat tinggi melepasi Alisson Becker pada minit ke-92.

Mitoma turut menjadi ancaman utama Liverpool sekali lagi dalam pertemuan kedua dua pasukan.

Liverpool kini berada di tangga kesembilan dalam Liga Perdana, 21 mata di belakang Arsenal.

Dengan juara bertahan Piala FA Liverpool tersingkir daripada pertandingan itu, mereka kini cuma ada trofi Liga Juara-Juara Eropah sebagai satu-satunya peluang mereka untuk merebut trofi musim ini.

Musim lalu anak buah Jurgen Klopp berada di landasan persaingan 4 kejuaraan pada fasa ini, termasuk kejayaan Piala FA pertama mereka dalam tempoh 16 tahun.

Tetapi Klopp masih mencari jawapan untuk menghentikan penurunan prestai mereka selepas kekalahan kedua di Brighton dalam tempoh 15 hari.

Pengurus Jerman itu sebelum menyifatkan kemenangan 3-0 Brighton ketika kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu sebagai prestasi terburuk dalam karier pengurusannya.