Pemain berdarah kacukan Malaysia yang kini berpangkalan di England, Jaami Qureshi nampaknya memiliki peluang cerah untuk membantu skuad Malaysia dalam kejohanan AFC U19 yang akan berlangsung di Uzbekistan Oktober nanti.

Ini adalah berikutan pendedahan oleh bapanya sendiri, Perviz Qureshi yang menyatakan bahawa kelab Brighton & Hove Albion FC telah memberikan pelepasan kepada Jaami sekiranya beliau dipilih oleh FAM untuk menganggotai skuad Malaysia U19 dibawah bimbingan Brad Maloney.

Perkara itu telah dihebahkan oleh Marco Negri melalui laman Twitter dan Pervis Qureshi juga ada memberikan komen mengenai perkara ini apabila menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peminat skuad negara.

Dengan berita ini juga membolehkan skuad Malaysia U19 mempunyai pilihan yang lebih besar untuk memperkasakan skuad U19 Malaysia selain menantikan ketibaan Wan Kuzri Wan Kamal yang dijangka akan tiba dari Amerika Syarikat beberapa hari lagi.

Ketika kami menghubungi Wan Kamal, beliau menyatakan bahawa Wan Kuzri memang berniat untuk membantu Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Dunia U20 dan perkara ini sudah tentu memberikan lebih motivasi kepada skuad Brad Maloney itu nanti.

Semoga semua yang terpilih dalam skuad Malaysia U19 ke Uzbekistan akan dapat memberikan aksi terbaik mereka seterusnya layak ke Piala Dunia 2021 yang akan berlangsung kurang setahun dari sekarang di Indonesia.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

“Walau Macam Mana Pun Keadaan Disana Saya Kena Hadaplah, Ini Impian Saya, Ini Yang Saya Nak”- Luqman Hakim

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

Kelab Ceres Negros ‘Bungkus’ Selepas Pemiliknya Muflis, Gagal Bayar Gaji Pemain 2 Bulan