Pemain tengah Selangor dan skuad kebangsaan, Brendan Gan yakin dengan kemampuan Harimau Malaya untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023 walaupun sudah lama tidak berlatih susulan penyebaran wabak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat situasi itu sebagai kelebihan kepada pasukan lawan dalam kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kerana setiap negara turut terkesan dengan wabak tersebut.

Justeru itu, Brendan menyifatkan Malaysia lebih berpeluang untuk mengejutkan UAE dalam perlawanan yang akan datang bergantung kepada kerja keras pemain masing-masing.

“Saya tidak fikir mereka memiliki kelebihan, saya fikir jika kami lebih memahukan kemenangan sebagai satu pasukan, kami dapat menunjukkan corak permainan terbaik pada hari perlawanan.

“Ia tentang kerja keras. Anda boleh menjadi pemain bola sepak yang hebat, mereka boleh memiliki pemain bola sepak yang hebat tetapi pada akhirnya, jika saya berusaha dengan lebih keras, saya memiliki peluang yang lebih besar untuk menang,” katanya dipetik dalam Stadium Astro.

Latihan Pusat

FOTO: FAM

Sementara itu, pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh mengakui rindu beraksi di peringkat antarabangsa dan tidak sabar kembali ke padang dengan memakai jersi Harimau Malaya.

“Ia pasti menjadi suasana yang hebat. Semua pemain mahu kembali beraksi dan semua pemain mahu diturunkan.

“Jadi, apabila kami kembali menyertai kem latihan, semua pemain mahu beraksi memandangkan sudah lama kami tidak dapat melakukannya,” katanya.

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe mengakui risau dengan prestasi pemain selepas saingan Liga Malaysia ditangguhkan sejak bulan Februari lalu dan berharap mereka dapat mengekalkan tahap kecergasan di rumah.

“Mana-mana jurulatih pasti ada kerisauan mengenai prestasi pasukan kebangsaan tetapi disebabkan situasi Covid-19 ketika ini, kita perlu akur.

“Tetapi saya harap jika liga dapat bersambung semula, pemain akan mendapatkan semula rentak permainan.

“Walaupun FIFA sudah membenarkan aksi persahabatan (pada September depan), saya rasa FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) mungkin akan menggunakan kalendar tersebut bagi saingan Liga Malaysia,” katanya kepada Astro Arena.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Peluang Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia 2023 Boleh Terjejas Jika Liga Malaysia Dibatalkan

Harry Edge Sedia Untuk Beraksi Bersama Skuad Harimau Malaya

Rating Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Bersama Skuad Harimau Malaya

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group