Seramai 27 pemain melaporkan diri dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya semalam termasuk pemain tengah dari Perak, Brendan Gan. Malah, sesi latihan pertama mereka terus bermula pada sebelah petang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kehadiran pemain kelahiran Australia itu bakal memperkuatkan lagi jentera tengah skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan UAE bulan depan.

Brendan juga mengakui teruja dengan panggilan ke skuad kebangsaan kerana sudah lama tidak beraksi di pentas antarabangsa akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) tiga tahun lalu.

“Rasa teruja kembali semula dalam skuad. Ia memang sentiasa menjadi penghormatan untuk mewakili negara. Selepas bebas daripada kecederaan dan kembali bersama Perak dan melakukan yang terbaik, untuk saya mendapat peluang kembali bersama skuad kebangsaan.

“Sudah tentu sukar. Pemain-pemain ini adalah pemain yang hebat dan mereka menunjukkan bahawa sepanjang musim ini mereka adalah kelompok pemain yang menakjubkan terutama semasa aksi akhir skuad kebangsaan.

“Ia bakal mengharungi kesukaran tetapi saya di sini, saya memberi tumpuan 100 peratus setiap kali saya tampil untuk latihan, setiap kali saya turun ke padang dan itu yang akan saya lakukan,” katanya dalam Bernama. 

69063503_2344516348978449_3404581744739876864_n
FOTO: FAM

Beliau juga tidak sabar untuk turun beraksi dan berjanji akan menampilkan aksi terbaik untuk memastikan kemenangan berpihak kepada skuad negara.

“Ia lebih manis (apabila kembali beraksi dalam skuad kebangsaan). Jelas kecederaan yang dialami ketika menentang Indonesia pada kali terakhir memaksa saya berehat selama tiga tahun tetapi sekarang saya kembali semula dalam skuad negara dan sekali lagi akan mewakili Malaysia.

“Saya selaku fikir dan ini mungkin penghujung dalam kerjaya saya. Saya fikir sesiapa yang mengalami kecederaan ACL tentu berfikir demikian tetapi keluarga dan rakan-rakan memberi semangat kepada saya dan sudah tu saya perlu mengambil langkah setapak demi setapak pada masa itu,” tambahnya.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Jordan untuk aksi persahabatan antarabangsa pada 30 Ogos ini sebelum 23 pemain terbaik akan dipilih berangkat ke Jakarta untuk menentang Indonesia dalam aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 September depan.

Artikel lain berkaitan dengan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, baca di sini:

Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Jordan Mula Dijual Secara Dalam Talian

PSSI Sediakan 3000 Tiket Untuk Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

Liridon Krasniqi Dan Guilherme De Paula Sarung Jersi Harimau Malaya Pada Tahun 2020

Sumber