Teka-teki mengenai destinasi pemain tengah pasukan kebangsaan, Brendan Gan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan kini terjawap apabila beliau sah menyertai pasukan dari Lembah Klang, Selangor.

Perpindahan Brendan ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan tersebut hari ini yang memaparkan pemain berusia 31 tahun itu dalam satu video.

Bekas pemain Kelantan serta Perak itu turut teruja apabila menyertai Selangor dan pemain yang pernah beraksi bersama Sydney FC ini turut memuat naik satu gambar di laman media sosial Instagram miliknya.

View this post on Instagram

My 2020 vision is extremely clear 🤓 . Im about to write my next exciting chapter as a Red Giant 🔥 @faselangormy . I will bring passion, energy, positivity and 100% effort everyday… . Let it be known…… #ithasBGAN . Big Thank you to Simon and the management, their work behind the scenes has been tireless… Bring on 2020 💥 . Head over to @faselangormy to see the announcement video 🎥👌🏽🎬 . #RoadToRecoveryHasBGAN #ACLrehab #ACLRecovery #TheReturn #StayPositive #NikeMY #Fitness #Health #Work #Goals #LiveLife #LoveLife #Mindset #Malaysia #Australia #Sydney #Cronulla #Selangor #KitaAdalahSatu #Positive #Footballer #Inspiration #QOTD #YouVsYou #RedGiants #MentalStrength #Effort #HardWork #NewBeginnings

A post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on

“Visi untuk tahun 2020 saya kini sudah jelas. Saya akan memulakan pengembaraan bersama pasukan Selangor.

“Saya akan menyumbang segala passion, tenaga, positiviti serta 100% usaha setiap hari bagi pasukan ini,” kata Gan.

Pengesahan ini sekaligus menutup segala spekulasi mengenai masa depan Brendan setelah meninggalkan pasukan Perak.

Setakat ini, Selangor telah menandatangani dua pemain iaitu Brendan Gan serta Rodney Celvin.

Baca artikel lain mengenai Brendan Gan di sini:

Brendan Gan Sah Tinggalkan Pasukan Perak

Brendan Gan: Kita Bukan Pasukan Yang Kerdil Lagi, Positif Dengan Kualiti Yang Dimiliki Dalam Pasukan Malaysia

Brendan Gan Digantung 1 Perlawanan, Terkilan Terlepas Perlawanan Penting Bertemu UAE Tahun Hadapan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group