Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menafikan berita yang mengatakan beliau akan menyertai juara Liga Vietnam, Viettel FC musim hadapan.

Perkara ini dinyatakan oleh Brendan menerusi laman media sosial Twitter miliknya dimana beliau menepis khabar angin yang mengatakan Viettel bakal mendapatkan khidmatnya.

“Berita palsu. Kita ada kerja besar yang perlu dilakukan pada musim 2021 bersama Selangor FC. Saya tidak sabar untuk bermula dan mencapai kejayaan musim hadapan. Ayuh Red Giants!,” kata Brendan Gan.

Viettel FC berjaya muncul sebagai juara saingan V-League musim 2020 dimana mereka mengatasi Hanoi FC yang berada di tangga kedua dengan kelebihan dua mata.

Kejayaan yang diraih Viettel memberikan mereka slot automatik bagi beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) pada 2021 sekaligus menjadi wakil Asia Tenggara dalam kejohanan tersebut disamping dua kelab Thailand iaitu BG Pathum United dan Port FC serta kelab dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Brendan mula beraksi bersama Selangor sejak awal musim 2020 dan sejak itu beliau menjadi pemain utama di bahagian tengah skuad Gergasi Merah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nick Swirad Bakal Beraksi Di Saingan Thai League 2 Musim Hadapan

Malaysia Bakal Diperkuatkan Dua Pemain Naturalisasi Di Aksi Kelayakan

JDT Dominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020