Skuad Malaysia sah tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah, Brendan Gan selepas pemain itu dilayangkan kad kuning kedua dalam perlawanan bertemu Indonesia semalam.

Kehilangan Brendan Gan untuk perlawanan tersebut mungkin akan memberikan sedikit impak kepada persediaan pasukan Malaysia untuk mencari kemenangan ke 3 berturut dalam pusingan ke 2 kelayakan Piala Dunia 2022.

Brendan Gan telah mengutip kad kuning yang pertama ketika pasukan Malaysia berdepan pasukan UAE bulan September lalu, dengan jelas menyatakan bahawa beliau kecewa kerana gagal untuk beraksi untuk skuad Harimau Malaya itu nanti.

photo_2019-11-20_03-19-49

“Saya sangat kecewa dengan perkara itu. Saya tidak fikir saya patut dilayangkan kad kuning itu tetapi ia adalah keputusan dari pengadil yang saya tidak mampu elak.

“Saya kecewa kerana saya mahu bermain dalam perlawanan bertemu UAE. Ia adalah perlawanan yang cukup penting untuk kita, dan saya tidak bernasib baik.

“Tetapi saya mempunyai keyakinan penuh dengan siapa sahaja yang akan mengambil tempat saya. Kita mempunyai pasukan yang baik, memiliki depth yang bagus dan saya tidak bimbang mengenai siapa yang akan bermain nanti.

Selain itu, Brendan Gan turut menyatakan secara peribadi musim 2019 ini merupakan satu musim yang hebat untuk dirinya, tetapi beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua rakan sepasukan, keluarga, rakan-rakan dan jurulatih atas segala sokongan yang diberikan.

74918023_2512118918884857_421133775439659008_o

“Saya tidak mampu melakukan semua ini tanpa sokongan dari semua pihak. Ini bukan sukan secara individu, ia adalah secara berpasukan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan, isteri, keluarga, rakan-rakan,penyokong dan jurulatih atas sokongan ketika susah dan senang.

“Anda semua tahu pernah satu ketika saya terfikir bahawa saya tidak mungkin akan bermain bola sepak lagi (akibat kecederaan).

Ketiadaan Brendan Gan dalam pertemuan dengan UAE pada 26 Mac 2020 nanti mungkin sedikit terubat dengan kembalinya 2 pemain yang digantung dalam perlawanan bertemu Indonesia semalam iaitu Syafiq Ahmad dan Matthew Davies.

Brendan Gan dijangka akan kembali beraksi untuk pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020 apabila Malaysia berdepan pasukan Vietnam dalam perlawanan ke 7 pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia

Tan Cheng Hoe Puji Brendan Gan, Gesa Pemain Muda Ikuti Jejak Langkah Beliau

Steve Darby: Vietnam Terlalu Kuat Untuk Malaysia, Brendan Gan Dan Mat Yo Perlu Diberi Perhatian Serius