Selecao tersingkir daripada Piala Dunia 2022 selepas tewas dalam penentuan penalti di tangan Croatia.

Brazil menentang Croatia merupakan aksi pertama untuk pusingan suku akhir Piala Dunia 2022.

Brazil dan Croatia memerlukan gol setiap babak pada masa ekstra selepas terikat 0-0 sepanjang 90 minit.

Croatia tampil dengan sistem permainan lebih defensif. Manakala Brazil tampil dengan permainan lebih ofensif.

Penjaga gol Croatia menjadi masalah utama Brazil, di mana Dominik Livakovic berjaya melakukan beberapa siri save termasuk menghalang bola di atas garisan gol.

Croatia memiliki beberapa peluang gol menerusi serangan balas. Mereka bergantung kepada kelincahan Perisic di bahagian sayap.

Luka Modric masih menjadi nadi utama pasukannya di bahagian tengah.

Walaupun memiliki beberapa peluang gol daripada peluang yang terhad, malangnya produk akhir mereka sangat menghampakan.

Pada masa ekstra pertama, Petkovic melakukan skil luar biasa melepasi pertahanan Brazil tetapi percubaan daripada Brozovic melambung tinggi.

Selepas bergelut mencari gol sepanjang malam, akhirnya Brazil di hadapan menerusi Neymar pada minit ke-105+1.

Ianya satu gerakan yang lancar dilakukan secara berpasukan oleh pemain pemain Brazil. Di mana Neymar menerima hantaran akhir daripada Paqueta.

Dengan gol itu, maka kini Neymar kini menyamai rekod gol Pele untuk rekod gol kebangsaan bersama Brazil dengan 77 gol.

Ketika Brazil sedang berkira kira untuk mara ke separuh akhir, Croatia menyamakan kedudukan menerusi Petkovic yang menewaskan Alisson untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Pada penentuan penalti, Croatia menang selepas Brazil gagal dalam 2 percubaan mereka.

Selecao tersingkir dan menamatkan perjalanan pasukan pilihan juara. Croatia kini berpeluang mengulangi pencapaian mereka pada 4 tahun lalu, mara ke final.