Sebelum ini, juara Copa America 2019, Brazil merancang untuk terbang ke Asia Tenggara bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad kebangsaan Thailand di Stadium Nasional Singapura pada bulan Oktober depan.

Menurut laporan daripada Straits Times, perlawanan itu dianjurkan oleh sebuah syarikat media terkemuka dari London, Pitch International dengan kerjasama Persatuan Bola sepak Thailand (FAT) dan Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF). Ia adalah sebahagian daripada program Brasil Global Tour yang dilancarkan sejak tahun 2012.

Bagaimanapun, ia tidak dapat dilangsungkan apabila Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) dalam kenyataannya di laman facebook rasmi mengesahkan perlawanan tersebut telah dibatalkan.

Menurut setiausaha agung FAT, Korrawee Prissananantakul, perlawanan itu dibatalkan kerana juara Piala Dunia 5 kali itu ingin bermain dalam dua perlawanan di Singapura tetapi mereka tidak dapat mencari pasukan kedua selain Thailand.

Difahamkan pihak penganjur telah memilih tarikh di antara 7 Oktober hingga 15 Oktober berdasarkan kalendar perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) namun kebanyakan pasukan Asia terlibat dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Negara terdekat, Malaysia akan menentang Vietnam pada 10 Oktober dan Hong Kong pada 15 Oktober 2019 manakala tuan rumah, Singapura pula akan terbang ke Riyadh untuk menentang Arab Saudi (10 Oktober) dan Uzbekistan di tempat sendiri.

Chanathip Songkrasin

Biarpun Thailand sudi untuk mengadakan perlawanan tersebut pada 11 Oktober tetapi Stadium Rajamangala di Bangkok tidak dapat digunakan kerana berada dalam proses ubah suai dan naik taraf untuk kejohanan AFC B-23 tahun depan.

Kali terakhir Brazil bertemu skuad gajah perang itu ialah pada tahun 2000 ketika dalam perlawanan Piala Raja Thai. Thailand mengalami kekalahan besar 7-0 kepada juara Piala Dunia 5 kali itu yang turut dibarisi oleh beberapa bintang terkemuka seperti Roberto Carlos, Rivaldo, Cafu dan Dida.

Terlepas membaca perkembangan bola sepak Thailand ? klik pautan dibawah:

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Thailand Umum 23 Pemain Terbaik Hadapi Vietnam Dan Indonesia

Liga Thailand Buat Kemunculan Kedua Dalam Siri Permainan Video PES 2020

Sumber