Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney tetap menyimpan impian untuk melihat skuad kendaliannya mara dengan lebih jauh dalam kempen Kejuaraan AFC B-23 di Uzbekistan.

Seperti diketahui, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Saifuddin Abu Bakar mengakui langsung tidak memberikan sebarang sasaran pada penyertaan kedua skuad negara itu.

Saifuddin yang dilantik pada 30 Ogos 2021 itu sebaliknya menganggap kehadiran skuad di negara di Tashkent tersebut sebagai medan untuk menimba ilmu serta pendedahan terbaik dapat bertemu pasukan gergasi seperti Korea Selatan.

Namun ketika bercakap dalam sidang media pada petang tadi, Maloney mahu skuad muda negara untuk menjadi lebih kompetitif dalam memberikan cabaran buat Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

“Kami mahu pergi [mara] sejauh yang boleh. [Edisi] 2018 merupakan penampilan pertama dalam pertandingan ini dimana berjaya melakar pencapaian sangat hebat dengan layak ke suku akhir.”

Kredit Foto: FAM

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik pada kali ini tetapi sudah pasti kami mahu menjadi kompetitif dan pergi sejauh mungkin,” ujar Maloney bercakap kepada wartawan.

Dalam pada itu, meskipun menghormati lawan yang bakal ditentang, Maloney turut melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya tidak akan terlalu memandang tinggi lawan mereka nanti.

“Sudah tentu Korea Selatan adalah pasukan yang saya bagus. Mereka pasukan yang berkelas dunia, juara bertahan untuk pertandingan ini.”

“Mereka memiliki beberapa pemain yang berkelas dunia. Beberapa pemain juga bermain dengan baik di pusingan kelayakan dan Piala Dunia Remaja. Kami sangat menghormati mereka dan kami akan mengambil pendekatan berhati-hati bagi menghadapi perlawanan ini.”

“Tetapi pemain kami tidak takut untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan dan kita akan menghadapi perlawanan ini dengan pendekatan tersebut,” tambah Brad Maloney lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Mesut Ozil: Tiada Kelab Lain, Saya Hanya Akan Bersara Di Fenerbahce

Kobe Chong Tiba Di Malaysia, Bakal Sertai Kelab Tempatan?

Indonesia Berminat Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023