Ketua jurulatih skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18), Brad Maloney mendedahkan beliau sudah mula terpikat dengan aksi berkualiti yang dipamerkan oleh beberapa pemain muda ketika perlawanan persahabatan menentang Selangor United dan PDRM.

Antara pemain yang telah menarik perhatiannya ialah bekas penjaring terbanyak AFC B-16, Luqman Hakim Shamsudin yang telah menjaringkan satu gol ketika aksi menentang Selangor United.

“Sesetangah pemain sudah mula menunjukkan pengaruh mereka dalam pasukan.

“Kami belum menyenaraikannya lagi, jadi semua pemain masih berpeluang, namun sesetengah pemain sudah mula menyinar dan menunjukkan kualiti yang diperlukan dalam pasukan ini,” katanya dalam Stadium Astro

67403705_2291783010918450_8634468424992423936_n
FOTO: FAM

Bagaimanapun, Maloney mengakui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum pasukannya menghadapi Kejohanan AFF B-18 di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam bulan depan.

“Masih terlalu awal. Seperti yang saya katakan, ini merupakan kali pertama kumpulan pemain ini beraksi bersama.

“Sentiasa ada perkara untuk diperbaiki dan waktu itu akan tiba,” tambahnya.

Semalam skuad itu tewas 0-1 kepada pasukan Liga Premier, PDRM. Keputusan tersebut tidak begitu membimbangkan Maloney kerana beliau masih dalam proses untuk menilai prestasi pemain baharu.

“Kita ada jumlah pemain yang ramai.  Saya rasa ini cara terbaik untuk melihat kemahiran individu dan bagaimana mereka boleh bermain sebagai satu pasukan. Saya rasa ini penting bagi kita untuk melalui perlawanan yang sebegini.

“Keputusan itu tidak menggusarkan saya kerana apa yang penting ialah prestasi setiap pemain. Ia skuad campuran dan seperti yang anda sedia maklum, kami mempunyai kumpulan pemain yang besar,” kata Maloney.

67461380_2291783380918413_8015113701159862272_n
FOTO: FAM

Selepas ini, mereka akan menentang satu lagi pasukan Liga Premier, Terengganu FC II dan pasukan dari Liga Super, Petaling Jaya City.

Seramai 35 pemain telah dipanggil ke kem latihan pusat yang bermula sejak hari sabtu lalu sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi kejohanan AFF B-18 dan kelayakan AFC B-19 pada bulan depan.

Dalam senarai tersebut, 12 pemain daripadanya merupakan pelatih daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala baki pemain kebanyakannya daripada skuad Piala Belia dan Piala Presiden negeri.

Sumber