Ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney percaya kehadiran pemain pertahanan Selangor, Harith Haiqal mampu memberi sumbangan besar kepada pasukan yang akan beraksi dalam kelayakan AFC B-23 tahun.

Harith dipanggil untuk menyertai sesi latihan pusat setelah mendapat pelepasan daripada kelabnya dan Brad menyambut baik kehadiran beliau.

Pemain berusia 19 tahun itu sebelum ini tidak mendapat pelepasan daripada Selangor yang sedang mengalami krisis di bahagian pertahanan dan khidmatnya diperlukan kerana The Red Giants beraksi dalam saingan Piala Malaysia.

Namun, Selangor kemudiannya membuat keputusan untuk melepaskan Harith sekaligus pemain pertahanan ini dapat beraksi dalam saingan kelayakan AFC B-23 tahun.

Menurut Brad Maloney, meskipun Harith antara pemain penting dalam pasukannya, namun perkara itu bukanlah jaminan dan pemain itu perlu bekerja keras sekaligus bersaing bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Beberapa pemain dilihat mampu untuk mencabar Harith bagi mengisi posisi pertahanan seperti Azrin Afiq, Zikri Khalili dan Firdaus Ramli.

Aksi pemanas badan menentang Kedah Darul Aman (KDA) pada petang ini bakal menjadi pentas terakhir untuk Brad membuay penilaian sebelum beliau mengumumkan barisan pemain yang akan dibawa bagi menghadapi saingan kelayakan.

Empat pemain yang beraksi bersama skuad senior dalam dua aksi persahabatan sebelum ini iaitu Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Hakimi Abdullah dan Quentin Cheng dilihat hampir pasti berada dalam senarai terakhir.

Pasukan negara akan berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober bagi menghadapi saingan kelayakan dari 25 hingga 31 Oktober ini. Malaysia diundi dalam kumpulan J bersama Laos, Mongolia dan Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan skuad B-22 tahun negara di sini:

Empat Pemain Muda Mungkin Dipanggil Beraksi Di Piala AFF Suzuki

Harith Haiqal Dipanggil Sertai Sesi Latihan Skuad B-22 Tahun

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier