Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney mengakui anak buahnya cukup bersemangat untuk menghadapi Kejuaraan AFC B-23 2022 yang secara rasminya akan bermula esok.

Cabaran pertama yang perlu dilalui skuad muda negara adalah bertemu juara bertahan, Korea Selatan pada aksi yang dijadualkan berlangsung Khamis nanti.

Berdasarkan senarai penuh pemain yang diumumkan, Maloney memilih untuk mengekalkan barisan sama ketika beraksi dalam temasya Sukan SEA 2021, tempoh hari.

Keputusan yang diambil pengendali dari Australia itu nyata mengundang kritikan para penyokong bola sepak tempatan kerana melihatkan skuad negara gagal mendapatkan meraih sebarang pingat ketika di Vietnam.

Namun, Maloney melihat aspek positif dapat disaksikan dalam kem skuad negara yang tiba di Tashkent, Uzbekistan kelmarin.

Kredit Foto: FAM

“Latihan semalam cukup baik untuk perubahan keadaan dan cuaca. Ini juga merupakan sesi latihan pertama selepas mengharungi perjalanan panjang [dari Kuala Lumpur ke Uzbekistan],” ujar Maloney.

“Bagus untuk dilihat para pemain dapat berehat sambil menjalani latihan untuk membiasakan diri dengan persekitaran baharu. Para pemain juga begitu bersemangat untuk beraksi.”

“Moral pemain berada dalam keadaan baik. Saya dapat melihat para pemain sangat gembira dengan persekitaran dan semangat berpasukan juga berada di tahap tertinggi.”

“Jadi, saya merasakan ia merupakan perkara yang positif dan kami semua memandang ke hadapan untuk beraksi dalam pertandingan ini,” tambah Brad Maloney lagi.

Selepas bertemu Korea Selatan, skuad negara akan berhadapan Thailand pada 5 Jun dan Vietnam menjadi lawan terakhir mereka berselang tiga hari kemudian.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Maloney Pertaruh Skuad Sukan SEA Hadapi Piala Asia B-23

Kim Pan-gon Beri Bayangan Kekalkan Corak Permainan Bertemu Hong Kong

Nottingham Forest Mahu Bina Skuad Berkualiti Hadapi EPL