Pengendali baharu skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18), Brad Maloney telah memilih 34 pemain ke kem latihan pusat bermula Sabtu ini, 20 Julai 2019 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi kejohanan AFF B-18 di Vietnam yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 19 Ogos 2019.

Dalam senarai tersebut, 12 pemain daripadanya merupakan pelatih daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala baki pemain kebanyakannya daripada skuad Piala Belia.

1
2

Ini merupakan tugasan pertama Maloney selepas dipilih menggantikan Bojan Hodak yang tidak dilanjutkan kontrak.

Selepas lima belas hari berlatih di Wisma FAM, Kelana Jaya (20 Julai hingga 3 Ogos 2019), 23 pemain terbaik akan dipilih untuk membawa cabaran negara di kejohanan AFF B-18 di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 4 Ogos 2019.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan bertemu tuan rumah, Vietnam pada 7 Ogos 2019 (Rabu) dalam aksi pembuka tirai sebelum menentang Singapura pada 9 Ogos 2019 (Jumaat), Kemboja pada 11 Ogos 2019 (Ahad), Australia pada 13 Ogos 2019 (Selasa) dan Thailand pada 15 Ogos 2019 (Khamis).

ACL VOCKET-01-01

Maloney akan memegang jawatan sementara itu sehingga akhir tahun ini dan beliau juga dipertanggungjawab untuk membimbing skuad B-19 kebangsaan bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Kemboja pada 2 hingga 10 Nov ini.

Bagaimanapun, Maloney tetap kekal sebagai penolong kepada Datuk Ong Kim Swee dalam skuad B-23 negara kerana beliau adalah sebahagian daripada tenaga jurulatih yang membantu skuad negara di Sukan Asia 2018 dan Sukan SEA 2017.

Sumber