Perlantikan Brad Maloney sebagai ketua jurulatih skuad Malaysia bawah 19 tahun (b-19) bagi menggantikan tempat Bojan Hodak mendapat sokongan daripada Datuk Ong Kim Swee yang menyifatkannya sebagai calon yang tepat.

Katanya dalam Stadium Astro, pengalaman Maloney ketika bersamanya dalam skuad Malaysia B-23 mampu membantu membentuk skuad yang mantap kerana beliau sudahpun mengenali budaya bola sepak tempatan.

Maloney juga merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Australia dan telah meraih beberapa kejayaan ketika bersama Kim Swee antaranya ialah naib juara Sukan SEA 2017, layak ke suku akhir dalam saingan AFC B-23 dan menewaskan beberapa pasukan gergasi asia.

“Dia merupakan bekas pemain kebangsaan Australia.

“Dengan pengalamannya selaku pemain dan ketika bersama saya dalam beberapa kejohanan antarabangsa, dia pasti akan memberi sumbangan yang baik buat skuad B-19,” katanya.

55875077_2096272283802858_7420373129957998592_n
FOTO: FAM

Maloney akan memegang jawatan sementara itu sehingga akhir tahun ini dan tugas pertama adalah persiapan bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam pada 5 hingga 18 Ogos depan.

Selain itu, beliau juga dipertanggungjawab untuk membimbing skuad B-19 kebangsaan bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Kemboja pada 2 hingga 10 Nov ini.

Bagaimanapun, Maloney tetap kekal sebagai penolong ketua jurulatih B-23 negara kerana beliau adalah sebahagian daripada tenaga yang membantu skuad negara di Sukan Asia 2018 dan Sukan SEA 2017.

Sementara itu, Kim Swee mahu pemain negara menumpukan sepenuhnya terhadap pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 sebelum menyertai Sukan SEA di Filipina, pada November depan.

“Sudah tentu pasukan (senior) kebangsaan memiliki kepentingan yang lebih besar.

“Tetapi selepas mereka habis pusingan kelayakan, mereka perlu bersama dengan skuad B-23 dan berlepas ke Manila pada 23 November depan,” tambahnya.

Sumber