Selepas 4 bulan berehat, skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) bakal kembali menjalani latihan pusat sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan pada tahun depan.

Menurut pengendali pasukan iaitu Brad Maloney, beliau akan memanggil 32 pemain untuk kem latihan pusat pada bulan Januari 2021 dan berharap pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal dapat menyertai mereka.

“Kami merancang untuk mengadakan kem latihan pada minggu pertama januari dan dari situ kita akan buat persiapan sehingga tarikh perlawanan sebenar pada bulan mac.

“Kebanyakan kelab memberi sokongan untuk melepaskan pemain di luar jadual FIFA. Kami akan menguruskan dengan betul dan berbincang dengan pihak kelab menjelang kem latihan pusat,” katanya dipetik dalam New Straits Times.

Maloney
Sumber Gambar: FAM

Bagaimanapun, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak akan pulang ke Malaysia kerana beliau mempunyai komitmen dengan kelab Liga Belgium, KV Kortrijk. Luqman dijangka akan menyertai pasukan pada bulan mac.

“Kami akan mempunyai sekurang-kurangnya 32 pemain dalam kem latihan. Ada juga beberapa muka baharu dalam skuad ini.

“Luqman tidak dapat sertai kem latihan pada bulan januari kerana mempunyai komitmen dengan kelabnya. Tetapi kami harap Wan Kuzri dapat ke Malaysia menyertai pasukan,” jelasnya.

Maloney
Sumber Gambar: FAM

Bulan september lepas, mereka sempat mengadakan kem latihan pusat selama 3 minggu dengan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan telah diatur. Kejohanan AFC B-19 yang sepatutnya diadakan pada Oktober 2020 terpaksa dibatalkan susulan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19.

Kejohanan itu menawarkan 4 slot automatik ke Piala Dunia B-20 di Indonesia pada tahun 2021. Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Berdasarkan jadual, Malaysia akan membuka tirai bertemu Tajikistan diikuti aksi kedua menentang Qatar dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen. Ketiga-tiga perlawanan itu akan berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah:

Tiada Pemain Import, PJ City Guna Khidmat Pemain Tempatan Sepenuhnya

RASMI: Irfan Bakti Sah Jurulatih Baharu Kuching City

Yusri Che Lah Terima Tawaran Bimbing Skuad Pelapis Ala Harimau Muda

K. Devan Mahu Bawa Negeri Sembilan Kembali Ke Liga Super 2022