Bintang Dortmund, Karim Adeyemi mengakui ada elemen ‘nasib’ dalam gol beliau ketika membantu pasukannya menang ke atas Chelsea.

Chelsea terus berada dalam prestasi buruk di bawah Graham Potter dan kali ini ditewaskan oleh Borussia Dortmund dalam aksi pertama peringkat 16 akhir Liga Juara Juara eropah.

Permatar baharu Dortmund, Karim Adeyemi membantu pasukannya menang 1-0 ke atas Chelsea pada hari Rabu, memberikan sedikit kelebihan dalam usaha kelab itu mahu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Gol Adeyemi datang semasa tempoh penguasaan berterusan daripada pelawat pada awal separuh masa kedua.

Penyerang Jerman berusia 21 tahun itu berlari dari kawasan sendiri sambil menewaskan Enzo Fernandez dan menggelecek penjaga gol Kepa Arrizabalaga.

Kapten Dortmund, Jude Bellingham memberitahu wartawan bahwa: “Sebenarnya tidak ramai pemain yang benar-benar dapat menghalangnya [Adeyemi].”

“Dia mempunyai masa yang sukar untuk datang ke sini pada permulaannya – mencari rentaknya – tetapi kini dia telah terbang.”

Selepas perlawanan, Adeyemi memuji semangat pasukannya untuk berjuang kerana memberi kelebihan kepada mereka menjelang aksi timbal balik Mac di London.

Dia turut menyatakan bahawa golnya ada elemen nasib di dalam gol kemenangan ke atas Chelsea itu. Tetapi dia tetap gembira.

“Saya agak bernasib baik, tetapi saya sangat gembira dengan gol itu,” katanya.

“Semua orang berjuang untuk satu sama lain – [kemenangan] sangat penting untuk perlawanan timbal balik.”

Pengurus Chelsea, Graham Potter memuji prestasi pasukannya tetapi mengeluh kegagalan mereka menjaringkan gol.

Enzo Fernandez menyaksikan percubaan terakhirnya diselamatkan penjaga gol lawan. Ianya percubaan yang sangat baik.

Sebelum itu, Goal Line Technology mengesahkan bahawa Emre Can berjaya mengeluarkan percubaan daripada Koulibaly dari atas garisan.

Chelsea kini hanya menang 2 perlawanan dalam 14 perlawanan terakhir mereka. Satu rekod yang sangat membimbangkan peminat mereka.