Borussia Dortmund dilaporkan menolak bidaan daripada Manchester United untuk mendapatkan Jadon Sancho dengan tawaran €98 juta ataupun £89 juta.

Menurut laporan BILD, Manchester United melancarkan bidaan rasmi untuk pemain penyerang antarabangsa England itu.

Kejayaan melayakkan diri ke Liga Juara-juara Eropah bermakna Ole Gunnar Solskjaer diberikan lampu hijau untuk mendapatkan Jadon Sancho.

Naib pengerusi Ed Woodward dan juga Ketua Perunding Matt Judge menghubungi kelab berpangkalan di Borussia Dortmund.

Ini bukan kali pertama Man United menunjukkan minat kepada bekas graduan Man City itu.

Dan pemain tersebut juga dilaporkan berminat untuk menyertai United bagi menghidupkan kariernya di England.

Sebelum ini beliau meninggalkan Manchester City kerana tidak ada jaminan lebih banyak minit perlawanan.

Tawaran Man United itu dikatakan masih jauh daripada tanda harga diletakkan Borussia Dortmund iaitu £118 juta.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Arteta Mohon Keampunan Kerana Humban Watford Ke Liga Kejuaraan

Man United Kembali Ke UCL, Chelsea Turut Mara

Conte: Itu Fake News, Messi Tak Akan Sertai Inter Walaupun Dalam Permainan Bola Sepak Fantasi