Manchester United sekali lagi aktif memburu Jadon Sancho. Ini selepas mereka terlepas peluang mendapatkan pemain tersebut dalam jendela perpindahan yang lalu.

Borussia Dortmund sudah menyatakan kesedian mereka melepaskan Jadon Sancho jika harga yang mereka minta dapat ditunaikan.

Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc memang mahukan Jadon Sancho kekal. Namun beliau menegaskan kelab akan menghormati kehendak pemain.

ESPN melaporkan bahawa Borussia Dortmund akan cuba untuk menjual Sancho ke Man United dengan syarat mereka diberikan Mason Greenwood sebagai ganti.

Borussian Dortmund pastinya sedar bahawa, Man United tidak mahu melepaskan pemain muda sensasi mereka itu.

Namun Dortmund memberikan isyarat bahawa, jika United memberikan mereka wang dan menyertakan Mason Greenwood, perjanjian untuk perpindahan Jadon Sancho akan menjadi mudah.

Sebelum ini Borussia Dortmund dilaporkan meminta £100 juta daripada mana-mana pasukan yang mahukan Sancho.

Namun dengan keadaan wabak yang melanda sekarang ini, harga pemain pun susut, Borussia Dortmund tetap bertegas mahukan sekurang-kurangnya £90 juta kerana menurut Zorc mereka tidak terlalu terdesak walaupun berdepan tekanan kesukaran dari segi ekonomi sama seperti pasukan lain.

Jadon Sancho merupakan pemain penyerang sayap prolifik dan kreatif. Beliau dianggap pelengkap kepada sistem serangan United dengan adanya pemain sayap kanan, dan Marcus Rashford di kiri.

Berdasarkan tinjauan kami di ruangan komen di media sosial, ramai penyokong United menganggap permintaan Dortmund itu tidak masuk akal.

Malah ada yang menganggap jika perjanjian ini benar terjadi, Man United akan kehilangan pemain yang sangat berbakat.

Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:

Barca Lupakan Neymar

Barcelona Mahu Kante Tukar Dengan Coutinho

Ejen Dedahkan Sane Mahu Tinggalkan Man City Untuk Bayern Kerana UCL