Real Madrid membayar €133 juta secara keseluruhan untuk mendapatkan Jude Bellingham dari Borussia Dortmund.

Pemergian pemain itu ke Real Madrid sudah disahkan oleh Borussia Dortmund.

Kelab Jerman itu sentiasa bertegas bahawa mereka hanya akan menerima bidaan lebih €100 juta untuk pemain antarabangsa England itu.

Bellingham merupakan pemain di posisi tengah. Kehadiran dia bukan sahaja untuk membentuk gandingan dengan pemain lain di tengah namun menjadi pengganti jangka panjang untuk Luka Modric.

Selain Real Madrid ada beberapa kelab lain turut berusaha memancing Jude Bellingham. Namun tidak sanggup membayar wang lebih €100 juta untuk pemain itu.

Real Madrid yang baru kehilangan beberapa pemain mereka, datang untuk memastikan ada pemain baharu yang berkualiti masuk.

Dan mereka terus memastikan usaha mendapatkan Bellingham berjalan lancar.

Bayaran tetap adalah €103 juta. Manakala bonus tambahan boleh mencecah sehingga €27 juta lagi untuk pemain tersebut.

Borussia Dortmund berpuas hati untuk menjana keuntungan yang tinggi daripada perpindahan ini dalam membantu kelab menambahkan lagi pendapatan mereka.

Jude Bellingham sebelum ini dibeli oleh Borussia Dortmund pada 2019 dengan nilai €30 juta dari Birmingham.

Harga itu dianggap agak tinggi untuk pemain yang bermain di divisyen bawahan Inggeris. Namun Borussia Dortmund yakin bahawa Jude Bellingham adalah prospek yang mampu menjadi pemain berkelas dunia.

Dia segera membangun menjadi pemain yang elit dalam bola sepak eropah. Bellingham turut menjadi pemain utama skuad England di peringkat antarabangsa pada usianya yang masih muda.