Bekas kapten Arsenal iaitu Laurent Koscielny telah digugurkan daripada skuad utama Bordeaux. Dan lilitan kapten beliau turut dilucutkan.

Bordeaux hanya menang 3 perlawanan daripada 20 perlawanan Ligue 1 musim ini. Berada di tangga ke-17, terancam penyingkiran.

Koscielny, 36, hanya bermain 11 perlawanan Ligue 1 musim ini kerana masalah kecederaaan. Beberapa siri kesilapan Koscielny musim ini membuatkan pengurusan tertinggi kelab sangat marah, kerana Koscielny menerima gaji sangat besar berbanding pemain lain.

Bordeaux mencatatkan rekod pertahanan terburuk dari kalangan pasukan Ligue 1 dengan 44 bolos. Tersingkir daripada Coupe de France.

L’Equipe melaporkan bahawa pengurus Vladimir Petkovic, telah mengambil tindakan drastik dan mengarahkan Koscielny berlatih dengan pasukan pembangunan.

Laporan yang sama menyebut, Petkovic turut mengarahkan Paul Baysse dan Mehdi Zerkane menjalani hukuman yang sama kerana masalah disiplin kedua dua pemain tersebut.

RMC mengulas tentang isu ini. Dan menyatakan bahawa, Bordeaux cuba mengurangkan bil gaji pemain. Mereka boleh memotong gaji pemain jika ada masalah disiplin.

Selain itu, pemain lain seperti Josh Maja, Samuel Kalu dan Otavio, turut berisiko digugurkan seketika daripada skuad utama bersama sama dengan Koscielny, Baysse dan Zerkane.

Penyokong Arsenal menganggap ianya sebagai karma. Ini kerana pada 2019, Koscielny pernah mogok mendesak kelab melepaskannya ke Bordeaux. Bukan itu sahaja, selepas tiba di sana, Koscielny terlibat dalam video kontroversi menanggalkan jersi Arsenal dalam video pengenalan rasmi pemain.