Pengurus skuad kebangsaan Thailand, Nuanphan Lamsam atau dikenali sebagai ‘Madam Pang’ mengesahkan pasukan itu akan menerima bonus lebih 26 juta baht (RM3.2 Juta) jika berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2020 menewaskan Indonesia di final.

Menurut laporan daripada TH Sport, bonus tersebut adalah hasil sumbangan daripada syarikat swasta yang sentiasa memberi sokongan penuh untuk pembangunan bola sepak Thailand.

Jumlah bonus ini juga tidak termasuk hadiah kemenangan daripada pertandingan itu sebagai Juara iaitu sebanyak 10 juta baht (RM1.2 juta).

Antara organisasi dan syarikat yang menyumbang kepada bonus tersebut ialah:

1. TOA Paint (Thailand) Public Company Limited
2. Superfight herbal beverage products in the name of Hokkaido Food and Beverage Co., Ltd.
3. Saha Pathanapibul Public Company Limited
4.CP
5. Chang brand drink
6. Bangkok Glass Public Company Limited
7. B. Grimm Power Public Company Limited
8. Carabao Tawandang Co., Ltd.
9. Banpu Public Company Limited
10.CENTRAL
11. Osotspa Public Company Limited
12. Muang Thai Life Assurance Public Company Limited
13. SPCG Public Company Limited
14. Raimon Land Public Company Limited
15. KPN Land Company Limited
16. TQM Insurance Broker Company Limited
17. Principal Capital Public Company Limited Group
18. Thai-German Meat Product Co., Ltd.
19. Khun Wow, Rose Gold (Thailand) Co., Ltd.
20. Audi Thailand
21. AAS Group of Companies
22. Ms. Sophana Levichan, American Eagle brand importer
23. AP (Thailand) Public Company Limited
24. Bitkub Group
25. Muang Thai Insurance Public Company Limited milik keluarga Nuanphan Lamsam

Malah, Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Somyot Poompanmoung turut memberi bonus tambahan sebanyak 10 juta baht (RM1.25 juta) atas kejayaan pasukan mara ke perlawanan akhir. Ia adalah hadiah penghargaan atas usaha semua pemain dan para jurulatih.

Skuad Gajah Perang dijadualkan menentang Indonesia pada perlawanan akhir pertama pada 29 Disember ini dan kemudian perlawanan kedua pada 1 Januari 2022 untuk menentukan kejuaraan di Stadium Nasional Singapura.

Berdasarkan rekod, Thailand telah menjuarai Piala AFF sebanyak 5 kali sejak 1996 manakala Indonesia sering muncul sebagai naib juara sebanyak 5 kali daripada tahun 2000 hingga 2016.

Baca juga artikel lain mengenai hadiah dan bonus yang diterima oleh skuad Thailand melalui pautan dibawah. 

Untung Pemain Thailand Dapat Pengurus Kaya, Buat ‘Lucky Draw’ Hadiah Barangan Berjenama Mewah

Presiden FA Thailand ‘Hulur’ Bonus Peribadi RM1.25 Juta Jika Tewaskan Vietnam Di Separuh Akhir Piala AFF 2020