Bek legenda Itali, Leonardo Bonucci mempersoalkan kenapa separuh akhir play off Piala Dunia hanya 1 perlawanan sahaja tidak ada timbal balik.

Itali diundi berdepan dengan Macedonia Utara dan kalah 0-1 dalam perlawanan tersebut. Menerusi gol masa kecederaan.

Itali sebenarnya berkelebihan dari segala aspek dalam perlawanan tersebut. Mereka beraksi di tempat sendiri. Berada di ranking lebih baik.

Memiliki kualiti pemain lebih baik dan juga juara Euro 2020.

Malangnya skuad Roberto Mancini gagal menyumbat sebarang gol daripada 32 percubaan yang mereka sasarkan ke gawang Macedonia Utara.

Itali Gagal Ke Piala Dunia Sekali Lagi

Bonucci akhirnya bersuara meluahkan rasa kesalnya. Menurutnya format separuh akhir itu adalah tidak adil.

Itali terlepas slot automatik selepas menamatkan saingan di tangga kedua dalam aksi kelayakan peringkat kumpulan. Walaupun Itali tidak kalah langsung dalam perlawanan kelayakan tersebut.

Oleh sebab itu Bonucci merasakan peringkat play off seharusnya dibuat secara timbal balik. Namun Bonucci menafikan bahawa dia cuba mencari alasan kegagalan pasukan Itali kali ini.

Bonucci berkata: “Kami bermain aksi sekali jalan [one off match], dan ianya sistem yang pelik.”

“Dan kami bermain di tempat sendiri, kalah hanya 1 perlawanan pada minit ke-92, ianya benar benar satu kegilaan.”

“Kamu harus bermain hanya 1 perlawanan. Di mana apa sahaja boleh berlaku dalam satu perlawanan sahaja seperti yang kita lihat dalam perlawanan ini.”

“Ada sesetengah pasukan yang mara ke Piala Dunia walaupun sudah kalah 4 ataupun 5 perlawanan.”

“Namun jelas sekali, peraturan pertandingan ini bukan alibi atau boleh dijadikan alasan. Kerana kami seharusnya bermain lebih baik. Namun kami boleh menjadikan ini sebagai titik permulaan untuk inspirasi kebangkitan kami untuk kembali ke tempat selayaknya kami berada.”

“Ada banyak sekali penilaian selepas perlawanan. Jelas sekali selepas kejuaraan Euro 2020, kami sedikit bergelut. Ini yang memberikan kesan kepada kami dalam usaha untuk mara ke Piala Dunia.”

Bonucci kemudian memberikan sokongannya kepada Roberto Mancini dan berharap pengurus itu akan terus kekal.

“Apa yang Mancini berikan dalam 3 tahun ini sangat unik. Ada empati yang jarang kita lihat di Coverciano, dan bagi kami dia adalah satu satunya orang paling relevan.”

“Ideanya dan nilai kemanusiaan yang dia ada tidak perlu diperdebatkan, kemudian dia boleh mengubah visi, membuatkan orang yang berada di dalam atmosfera pasukan kebangsaan mahu terus kekalkannya.”

“48 jam selepas penyingkiran adalah sangat sukar, kami semua terdiam dan tidak bercakap ketika makan tengah hari dan di dalam bilik persalinan.”

“Kami sudah mencuba bermain dengan pemain pemain muda. Mereka akan mendapat peluang tersebut, kemudian Mancini mahu menggabungkan bakat baru dengan bakat sedia ada.”

“Kami harus bermula sekali lagi untuk membina semula asas dan membina sesuatu yang hebat bermula dari situ.”