Ketua jurulatih kebangsaan bawah 19 tahun, Bojan Hodak memberitahu pencapaian Croatia ke perlawanan akhir Piala Dunia di Russia merupakan kejayaan besar untuk negaranya.

“Dengan populasi sekitar 4 juta orang, Croatia adalah sebuah negara yang miskin dan sukan jalan untuk keluar dari kemiskinan.”

“Fasiliti latihan tidak sebaik negara-negara lain di Eropah, tetapi pemain-pemain muda disana melihat bola sepak sebagai pasport untuk bermain diluar negara”

“Kejohanan peringkat remaja di Croatia sangat kompetitif kerana setiap orang mahukan kejayaan dan mencari pendapatan melalui bola sepak”

“Mereka semua mahu beraksi untuk kelab terbaik di Eropah”, kata Bojan Hodak yang dilahirkan di Zagreb yang kini memimpin skuad U19 Malaysia sebagai juara AFF U19 2018.

bojan hodak

Jurulatih yang berusia 47 tahun yang merupakan salah seorang jurulatih terbaik di Asia Tenggara itu juga menjelaskan bahawa pemain-pemain Croatia bermotivasi tinggi di Russia kerana mereka mahu mencapai sesuatu yang hebat untuk keluarga dan pemain di tanahair.

“Saya menghormati jurulatih Croatia Zlatko Dalic kerana berjaya menyatu padu kan pemain yang datang dari pelbagai latar belakang di Piala Dunia. Bukan tugas yang mudah untuk menangani pemain yang mempunyai gaji yang lumayan bersama kelab, tetapi Dalic melakukannya dengan bijak untuk memastikan merekaa bermain dengan perasaan bangga”, kata bekas jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta’zim.

Zlatko Dalic, Drazen Ladic Dan Milan Baldej Pernah Beraksi Di Malaysia

Bojan Hodak juga mendedahkan beliau pernah berjumpa denga Zlatko Dalic dan pembantunya Drazen Ladic ketika mereka membawa skuad Croatia U19 dalam satu kejohanan di Malaysia pada 2008.

“Ladic adalah rakan baik saya dan saya juga kenal Dalic. Mereka datang ke Malaysia bersama skuad remaja dalam satu kejohanan U21 di Kuala Lumpur”

“Kami berbual panjang dan saya membawa mereka makan di sebuah restoran masakan Cina di Subang. Mereka cukup ‘simple’ dan tidak berharap orang untuk belanja mereka makan di restoran”

zlatko dalic

“Bila saya berjumpa, mereka hanya mahu makan digerai-gerai sahaja”

Bagaimanapun, Bojan Hoda tidak pasti jika ada pemain remaja Croatia pada 2008 itu beraksi dalam Piala Dunia 2018 ini.

Tetapi beliau menjelaskan ada seorang pemain dalam skuad Piala Dunia Croatia yang pernah datang ke Malaysia pada 2004. Pemain tengah Milan Badelj beraksi untuk skuad remaja Zagreb dalam satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia U16 2004.

“Saya rasa penjaga gol Khairul Fahmi Chemat dan pemain pertahanan Bunyamin Omar ada dalam skuad Malaysia U16 ketika itu”

“Badelj beraksi dalam perlawanan bertemu Iceland diperingkat kumpulan dan menjaringkan 1 gol ketika menang 2-1. Saya rasa dia akan bermula sebagai pemain simpanan.”

Mengenai perlawanan akhir malam ini Bojan Hodak memberitahu bahawa skuad Croatia akan mendominasi ‘possesion dan mendominasi bahagian tengah, tetapi bahaya sekiranya mereka hilang bola kepada lawan. Perancis cukup laju dalam mengatur serangan balas dan pertahanan Croatia perlu lebih kompak.

“Croatia mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi perlu bertahan dengan lebih baik secara kompak. Saya berharap Croatia akan menjuarai Piala Dunia 2018”