Esok peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 diantara Kuala Lumpur (KL City) menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ia adalah penutup tirai saingan Liga Malaysia musim ini sebelum kita memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk Piala Suzuki AFF bulan depan.

Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini dijangka sengit namun Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak menyifatkan mereka tidak berada dalam tekanan dan akan bermain seperti biasa menentang skuad kendalian Benjamin Mora.

Bojan turut melabelkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana mempunyai ramai pemain berkualiti dan ada kelebihan dari segi fizikal.

“Saya tahu akan ada banyak masalah, kedua-dua pasukan agak terikat, terutamanya kami kerana kami tidak mempunyai dua skuad, kami tidak mempunyai 10 pemain import seperti mereka.

“Ini akan memberikan masalah fizikal untuk kami pada perlawanan ini, tiada sesiapa yang boleh jadi penat, setiap orang akan bermain mati-matian dan berikan yang terbaik.

“Saya berharap ia akan menjadi permainan yang bagus dan berharap akan keputusan yang positif. Tiada tekanan untuk kami kerana mereka pasukan paling kaya, bajet mereka 20 kali ganda, pemain dan fasiliti terbaik, jadi tiada tekanan untuk kami,” katanya seperti dipetik dalam Bernama. 

FOTO: MFL

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Liga Super, JDT menang tipis 2-1 ke atas KL City di Stadium Sultan Ibrahim selain seri 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Hodak juga merasakan sentimen peminat bola sepak tempatan, mahu melihat KL City FC menjadi juara selepas kali terakhir memenanginya 32 tahun lepas pada edisi 1989.

“Semua anggap mereka akan menang, tetapi mungkin yang lain-lain di Malaysia menyokong kami, kerana kami bukan pilihan dan ia agak mudah untuk bermain,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan TM Piala Malaysia 2021 melalui pautan dibawah. 

Final Piala Malaysia 2021: Hanya 9,000 Tiket Diperuntukkan Untuk Penyokong JDT Dan KL City

Piala Malaysia 2021: Tiga Jaringan Pantas Pastikan JDT Bergaya Ke Final

Piala Malaysia 2021: Penantian Ke Final Kuala Lumpur City Dinoktahkan

MKN Kekal Dengan Keputusan Tidak Benarkan Penyokong Makan Dan Minum Di Dalam Stadium