Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas ketua jurulatih skuad B-19 tahun negara, Bojan Hodak dilantik sebagai pengendali baharu Kuala Lumpur United bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Asean Football dimana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KLU, Stanley Bernard mengesahkan pelantikan Bojan sebagai ketua jurulatih pasukan yang baru.

Bojan Hodak

Sumber Gambar: Yahoo

“Memang betul Bojan adalah ketua jurulatih baharu Kuala Lumpur dimana kami menawarkan kontrak selama setahun dengan pilihan untuk lanjutan kontrak pada musim berikutnya kepada beliau,” kata Stanley.

Sebelum ini, KLU dikhabarkan bakal melantik pengendali dari Chile, Simón Elissetche yang berusia 43 tahun bagi menghadapi saingan musim 2021. Namun pengurusan pasukan memutuskan Bojan adalah pilihan terbaik.

Bojan Hodak bukanlah satu nama asing baik dalam saingan Liga Malaysia ataupun di pentas Asia Tenggara dimana beliau pernah membimbing beberapa kelab dalam saingan Liga Malaysia.

Antara kelab Malaysia yang pernah dikendalikan oleh Bojan ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan serta memenangi beberapa kejuaraan antaranya Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Bojan Hodak

Pelatih PSM Makassar, Bojan Hodak. (Instagram/@psm_makassar).

Selain itu, pengendali berusia 49 tahun ini juga pernah mengendalikan beberapa kelab di Asia Tenggara seperti kelab Indonesia, PSM Makassar dan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Christian Panucci Bakal Dilantik Sebagai Pengendali Baharu Kelantan

UiTM FC Sambar Khidmat Bekas Pemain Import Pahang

Zafuan Azeman Sah Sertai Pulau Pinang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group