Bekas ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan, Bojan Hodak berpendapat banyak pasukan terutama pasukan kecil akan terjejas sekiranya saingan liga domestik terus ditangguhkan.

Hodak berkata demikian apabila rata-rata saingan liga domestik khususnya di Asia Tenggara ditangguhkan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Bojan Hodak
Sumber Gambar: Yahoo

Menurut Hodak, penangguhan ini nyata merugikan kelab kerana mereka kehilangan wang kutipan tiket yang menjadi salah satu income terbesar bagi pasukan.

“Semua pasukan akan terjejas sekiranya tiada aksi selama lebih tiga bulan kerana mereka kehilangan wang tiket, penajaan dan juga hak penyiaran.

“Bola sepak tidak akan sama walaupun pandemik ini berjaya ditamatkan. Pasukan perlu sekurang-kurangnya 6 ke 12 bulan bagi memastikan mereka kembali menstabilkan pasukan,” katanya menurut laporan New Straits Times.

Tambah Hodak, beliau tidak risau mengenai pasukan yang beraksi di saingan seperti J.League, K-League mahupun Chinese Super League (CSL), tetapi pasukan yang beraksi di liga sekitar rantau Asia Tenggara.

Bojan Hodak
Bojan Hodak ketika mengendalikan Johor Darul Ta’zim. Sumber Gambar: Football Tribe

“Saya lebih risaukan pasukan yang beraksi di liga sekitar Asia Tenggara. Sesetengah pasukan bergantung sepenuhnya terhadap dana daripada kerajaan dan juga agensi.

“Dana yang pada awalnya mahu digunakan untuk kelab, kini digunakan untuk membasmi COVID-19. Masalah akan bertambah teruk sekiranya pasukan tidak mempunyai banyak penaja.

“Pasukan yang berhutang pula semakin tertekan dan yang menjadi mangsa ialah pemain.

Bojan Hodak yang juga pernah mengendalikan skuad B-19 tahun negara juga tidak menolak kemungkinan akan ada pasukan yang tutup kedai.

Dalam saingan Liga Malaysia, JDT dan UKM FC menjadi antara pasukan yang akan memotong gaji pemain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Lima Pemain Import Terbaik Liga Malaysia Pilihan Datuk K.Rajagopal

Lapan Pemain Import Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020

Senarai Pemain Tempatan Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020