Semalam umat Islam dari seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda  kemenangan selepas berpuasa pada bulan Ramadhan. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Justeru itu, kelab Liga Championship atau divisyen kedua Liga Inggeris, Blackburn Rovers turut tidak melepaskan peluang menganjurkan program solat sunat Aidilfitri untuk komuniti islam di dalam Stadium Ewood Park.

Tindakan kelab tersebut turut mendapat reaksi yang positif dalam kalangan penyokong bola sepak dari seluruh dunia dan ia dianggap sebagai satu penghormatan kepada komuniti Islam di sana.

Program tersebut dihadiri oleh 3,000 muslim dan mereka semua dibenarkan menunaikan solat di atas padang yang diketuai oleh Imam Sheikh Wasim Kempson. Blackburn Rovers juga menjadi kelab bola sepak pertama di United Kingdom (UK) yang menganjurkan solat hari raya di stadium utama mereka.

Yasir Sufi, pengurus integrasi di kelab itu, berkata:

“Kami hidup dan bernafas dalam satu bandar, satu kelab, satu komuniti. Acara seperti ini menunjukkan ia lebih baik daripada yang lain.

“Ia menunjukkan bahawa kita semua adalah satu, tidak kira siapa anda atau apa identiti anda, kelab bola sepak adalah tempat di mana anda berada,” katanya.

Yasir dilahirkan di Sudan dan telah berhijrah ke Blackburn dari UAE sejak 4 bulan lalu. Beliau cukup gembira melihat begitu ramai komuniti islam bersama penduduk setempat meraikan Hari Raya di gelanggang keramat kelab itu.

“Hari raya ialah sesuatu istimewa bagi umat islam. Semua sanak-saudara dan rakan-rakan akan berkumpul. Ini sesuatu yang amat bermakna bagi kami.

“Semua orang dalam Blackburn adalah sebahagian daripada komuniti ini tetapi saya yang baru tiba di bandar ini sudah terasa seperti sebahagian daripada komuniti ini sejak lama,” katanya seperti dipetik dalam BBC.

Selain itu, jamuan ringan turut disediakan oleh pihak kelab kepada semua jemaah selepas selepas selesai solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Umat islam yang hadir turut mengambil kesempatan bermain bola sepak di atas padang tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.

Ronaldo Beri Isyarat Positif Kepada Penyokong Manchester United Selepas Kemenangan Ke Atas Brentford

Guardiola Sedia Kekal Sehingga 2025

Serie A: Tinggal 3 Perlawanan, Milan Terus Jarakkan Diri 2 Mata Dari Inter