Kelab Premier League telah sebulat suara setuju untuk memakai baju Black Lives Matter ketika mereka kembali menyambung aksi pada 17 Jun ini.

The Athletic melaporkan, tiada bantahan langsung daripada keputusan tersebut yang dipersetujui oleh kesemua 20 wakil kelab.

Blak Lives Matter merupakan satu kempen yang tercetus gara gara keganasan seorang pegawai polis di AS yang menyebabkan kematian George Floyd.

Aksi EPL akan bersambung semula pada 17 Jun dengan sepak mula di antara Aston Villa yang berkunjung Sheffield United dan Arsenal yang bertandang ke Manchester City.

Mereka akan memakai baju dengan terpampang perkataan Black Lives Matter serta lencana NHS untuk baki saingan musim ini.

EPL menyokong kempen anti rasisme dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih serta sokongan kepada petugas kesihatan yang telah menjadi wira negara.

The Athletic melaporkan, untuk aksi minggu ini, nama pemain akan dikeluarkan dari belakang jersi dengan digantikan dengan “Black Lives Matter”.

Liga Perdana Inggeris sudah berehat panjang kerana koronavirus. Dan sudah sedia untuk menyambung semula aksi mereka.

Liverpool kini berada dalam kedudukan terbaik untuk mengakhiri kemarau kejuaraan mereka dengan 25 mata di atas Man City.

Baca perkembangan lain dari Eropah

Real Madrid Tamatkan Baki Musim Ini Di Stadium Kecil 6,000 Tempat Duduk

Dortmund Capai Persetujuan Verbal Halang Haaland Sertai Real Madrid

Kelab Paling Bernilai: United Di Belakang Real Madrid, Liverpool Catat Peningkatan Mendadak