Pemain muda dari Asia Tenggara terus mendapat kepercayaan kelab Eropah apabila baru-baru ini bintang muda Indonesia, Witan Sulaeman sah menyertai kelab Poland, Lechia Gdańsk.

Perkara ini dikongsikan oleh Lechia dalam satu pengumuman rasmi di laman media sosial rasmi pasukan dimana Witan telah menandatangani kontrak selama dua musim dan bakal memakai jersi bernombor 80 bagi mengharungi saingan musim 2021/2022.

Sebelum menyertai Lechia, Witan Sulaeman beraksi bersama kelab Serbia, FK Radnik Surdulica sekaligus mempunyai pengalaman beraksi di pentas Eropah.

Pemain berusia 19 tahun itu boleh beraksi di beberapa posisi antaranya pertahanan kiri dan juga sayap kiri sekaligus menjadi kelebihan untuk beliau dalam usaha menembusi kesebelasan utama.

Witan menggantikan seorang lagi bintang muda Indonesia iaitu Egy Maulana Vikri yang beraksi bersama Lechia selama dua musim sebelum kontraknya tamat pada pertengahan tahun ini.

Egy menyarung jersi nombor 10 sepanjang beraksi bersama Lechia dan beliau menampilkan prestasi yang baik bersama skuad pembangunan. Egy juga beberapa kali beraksi bersama skuad utama termasuk pada perlawanan Polish Super Cup 2019 dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantian yang mana Lechia memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Keyakinan Sean Giannelli Meningkat Selepas Ledak Tiga Gol Bersama UiTM FC

Perak Berjaya Selesaikan Beberapa Isu Berhubung Tuntutan Gaji

Alif Mutalib Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad B-20 Tahun