Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Impian pemain muda Indonesia, Amiruddin Bagus Kahfi untuk beraksi di eropah akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Liga Eredivisie, FC Utrecht.

Bagus telah menandatangani kontrak selama 18 bulan sehingga Jun 2022 dengan pilihan dilanjutkan selama 2 tahun jika menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Bagaimanapun, pemain yang berusia 18 tahun itu tidak akan beraksi dengan pasukan utama atau bawah 21 tahun sebaliknya beliau terlebih dahulu akan menyertai skuad bawah 18 tahun untuk membiasakan diri dengan corak permainan.

“Bagus adalah pemain yang kreatif dan mempunyai teknik yang baik. Ia telah dibuktikan dalam perlawanan di peringkat kelab dan pasukan muda Indonesia dimana dia memiliki kemampuan menjaringkan gol.

“Langkah Indonesia ke Eropah merupakan langkah besar bagi Bagus. Itulah sebab mengapa kami akan membiarkan dia menyesuaikan diri dengan pasukan B-18 kami di masa akan datang,” kata Pengarah Teknikal FC Utrecht, Jordy Zuidam.

Bagus juga merupakan satu lagi pemain muda dari Asia Tenggara yang berkelana ke kelab eropah seperti mana pemain negara, Luqman Hakim Shamsudin mencipta sejarah buat penampilan pertama bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

Kedua-dua pemain ini pernah berentap dalam kejohanan AFF B-18 di Vietnam pada tahun 2019 dimana Malaysia berjaya menewaskan Indonesia, 4-3 di peringkat separuh akhir.

Meskipun menyertai FC Utrecht, Bagus Kahfi tetap pulang ke Indoensia jika mendapat panggilan untuk menyertai kem skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2021 nanti

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Piala Dunia Kelab: Juara ACL Tumbang Kepada Kelab Mexico, Tigres UANL

Keisuke Honda Tandatangani Kontrak Bersama Portimonense SC

Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group