Penyerang muda Indonesia, Amiruddin Bagus Kahfi bakal menjalani ujian bersama kelab yang beraksi dalam saingan Eredivisie, FC Utrecht.

Perkara ini berlegar di laman media sosial dimana Bagus bakal menjalani ujian bersama Jong Utrecht, skuad pembangunan kelab tersebut yang beraksi di divisyen kedua liga bola sepak Belanda, Eerste Divisie.

Menurut laporan Goal Indonesia, kelab Bagus, Barito Putera menerusi wakilnya, Mundari Karya menegaskan mereka bersedia untuk melepaskan pemain berusia 18 tahun itu untuk beraksi di Belanda.

Namun, Barito meminta dua syarat utama sekiranya Bagus Kahfi berjaya menandatangani kontrak bersama Utrecht. Yang pertama, Barito mahu buy back clause disertakan dalam kontrak Bagus.

Yang kedua, Barito mahu training compensation fee kerana Bagus masih lagi mempunyai kontrak berbaki setahun bersama kelab yang berpangkalan di Kalimantan Selatan itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga 1 Indonesia di sini:

Direktur Utama PT LIB Benarkan Kabar Liga 1 Bergulir Awal Februari 2021

Persib Bandung Resmi Kontrak Pemain Timnas U-19, Bayu Fiqri

Demi Timnas U-19, Shin Tae-yong Minta Liga 1 Dan Liga 2 Segera Digelar