Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain bintang Morocco, Amine Harit terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam temasya Piala Dunia 2022 di Qatar setelah beliau mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Artikel Berkaitan:

Disenaraikan dalam pasukan yang akan beraksi di Qatar, Harit dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan antara Marseille menentang AS Monaco yang menyaksikan Marseille menang dengan keputusan 3-2.

@benga.edits

Harit injury 💔😢 #maroc #worldcup #morocco #amineharit #fyp #pourtoi #qatar2022 #wc #qatar2022 #marseille #om

♬ son original – BENGA 🇲🇦

Pengurus Marseille, Igor Tudor mendedahkan kecederaan yang dialami Amine Harit sebagai perkara “menyeramkan” dan beliau berasa sedih kerana pemain itu cukup bersemangat untuk beraksi bersama negaranya pada temasya Piala Dunia 2022.

“Amine mengalami kecederaan ligament di lutut kirinya dan pemeriksaan sedang dilakukan untuk merawat kecederaan yang dialami. Beliau akan mengikuti semua protokol perubatan yang telah ditetapkan. Pihak kelab mendoakan agar Amine cepat pulih dan kembali beraksi di atas padang,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab.

Amine kini berada dalam senarai beberapa pemain bintang dunia yang tidak beraksi dalam temasya edisi kali ini ekoran mengalami kecederaan yang memerlukan proses lama untuk pulih.

Antara pemain yang terlepas tiket beraksi di Qatar ialah duo Perancis iaitu Paul Pogba dan N’Golo Kante dimana kedua-dua pemain mengalami kecederaan lutut dan pangkal peha.

Dua pemain pertahanan England, Reece James dan Ben Chilwell juga tidak dapat mewakili The Three Lions ekoran mengalami kecederaan lutut dan pangkal peha. Nasib sama juga dialami oleh Timo Werner (Jerman), Kepa Arrizabalaga (Sepanyol) dan Phillipe Coutinho (Brazil).

Morocco diundi dalam kumpulan F bersama Belgium yang menduduki tangga ketiga pada temasya edisi 2018 di Rusia, Croatia yang merupakan naib juara pada 2018 dan Kanada.

Pada perlawanan pembukaan, Morocco akan turun menentang Croatia pada 23 November ini di Stadium Al Bayt.