Bekas ketua pasukan serta penjaring terbanyak skuad kebangsaan Filipina, Phil Younghusband mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak profesional pada usia 32 tahun.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Phil menerusi satu pengumuman di laman media sosial Intagram milik beliau dimana Phil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepadanya sepanjang bergelar pemain profesional.

“Terima kasih kepada bos, jurulatih, rakan sepasukan, musuh dan juga kepada para penyokong yang telah menjadi sebahagian dalam perjalanan saya menjadi seorang pemain. Jumpa ada semua dalam satu perjalanan yang baharu tidak lama lagi,” kata Phil Younghusband.

Bekas graduan Chelsea ini mula menyarung jersi The Azkals pada 2006 namun nama beliau mula menjadi perhatian pada 2010 dimana Phil berserta abangnya, James Younghusband membantu Filipina mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala AFF Suzuki 2010.

Phil Younghusband
Match General of the AFF Suzuki Cup 2016 on 22 November 2016. Photo by Stringer / Lagardere Sports

Sepanjang beraksi bersama Filipina di pentas antarabangsa yang menyaksikan beliau menjaringkan 52 gol dalam 108 penampilan, Phil telah membantu pasukan itu meraih tempat kedua dan ketika saingan AFC Challenge Cup pada 2012 dan 2014. Pencapaian paling gemilang ialah Phil membantu Filipina layak ke temasya Piala Asia pada awal tahun ini namun pasukan itu sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Di peringkat kelab pula, pemain berdarah Britihs-Filipina itu telah beraksi bersama San Beda FC, Meralco Manila dan Davao Aguilas dimana beliau pernah memenangi kejuaraan domestik seperti Philippine Peace Cup pada 2014.

Baca artikel lain mengenai bola sepak Filipina di sini:

Qatar Airways Taja Liga Bola Sepak Filipina 3 Tahun, Bakal Majukan Pembangunan Pemain Muda

Kapten Pasukan Kebangsaan Filipina Stephan Schrock Bakal Perkuatkan Skuad Sukan SEA 2019

Malaya FC Buka Peluang Kanak-Kanak Filipina Dari Keluarga Miskin Bermain Bola Sepak