Pihak pengajur kejohanan AFF Suzuki Cup edisi 2020 dilaporkan tidak membenarkan semua pasukan yang bertanding kali ini untuk melakukan sesi latihan rasmi di stadium sehari sebelum perlawanan diadakan seperti biasa.

Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak penganjur dikatakan tidak mahu berdepan risiko padang yang tidak berada dalam keadaan baik untuk perlawanan sebenar kerana pada ketika ini keadaan cuaca yang hujan akan memburukkan lagi keadaan.

Jika diperhatikan kepada gambar-gambar pasukan yang bertanding terutamanya pasukan dalam kumpulan B, mereka hanya hadir ke stadium sehari lebih awal untuk ‘berjalan-jalan’ diatas padang bagi mendapatkan feel menjelang hari perlawanan.

2 stadium yang digunakan untuk perlawanan iaitu Stadium Nasional dan Stadium Bishan mempunyai padang rumput asli dan bukan padang tiruan seperti Stadium Jalan Besar.

Hari ini, 2 perlawanan kumpulan B akan berlangsung dimana skuad Malaysia akan membuka tirai aksi AFF Suzuki Cup 2020 bertemu dengan pasukan Kemboja pada jam 5.30 petang nanti, manakala pasukan Vietnam akan turun berdepan Laos pada jam 8.30 malam.

Semoga skuad Tan Cheng Hoe akan mendapat kemenangan dalam perlawanan pertama nanti!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Jurulatih Vietnam Dedahkan Pemain ‘Naik Muak’ Makan Ayam Dan Ikan, Mahu Daging Babi Dalam Menu Harian

Faisal Halim Dan Khairulazhan Khalid Positif COVID19, Terlepas 2 Perlawanan Pertama AFF Suzuki Cup 2020

Teerasil Dangda Hanya Perlukan 3 Gol Untuk Memecahkan Rekod ‘All Time Top Scorer’ AFF Suzuki Cup