Bekas penyerang import pasukan Kedah, Billy Mehmet memberi bayangan bahawa beliau akan kembali ke kancah Liga Malaysia dalam jangka masa terdekat.

Perkara ini menjadi perbincangan setelah Billy memuat naik gambar di laman media sosial Instagram miliknya yang menunjukkan pemain itu memakai jersi pasukan Kedah.

Billy Mehmet
Instagram Billy Mehmet

Pemain kelahiran London, England itu menyarung jersi pasukan Kedah pada musim 2014 ketika skuad Hijau Kuning itu beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Billy berjaya menjaringkan 14 gol dalam saingan liga namun tidak berjaya membantu skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ketika itu naik ke Liga Super setelah hanya mampu menamatkan musim di tangga keempat.

Dalam saingan Piala FA pula, Billy Mehmet membantu Kedah mara sehingga ke peringkat suku akhir manakala dalam saingan Piala Malaysia, pemain berusia 36 tahun itu membantu Kedah mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Billy Mehmet
Sumber Gambar: Sarawak Crocs

Selain beraksi bersama Kedah, Billy juga pernah menyarung jersi pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia iaitu Sarawak.

Pemain yang mewakili Cyprus Utara di peringkat antarabangsa itu juga pernah beraksi di saingan Liga Singapura.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Azraai Khor Abdullah: Industri Bola Sepak Tidak Boleh Dipinggirkan

Rakan Sepasukan Pierre-Emerick Aubameyang Bakal Sertai Pasukan Liga Malaysia

RASMI: Selangor FC Lancar Jersi Home 2021 Diinspirasikan Daripada Rekaan Tahun 1986