Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

DNA Perancis nampaknya menjadi taruhan Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim ini apabila mereka dilaporkan bakal membawa masuk seorang lagi pemain import berdarah kacukan Perancis-Laos, Billy Ketkeophomphone.

Kehadiran pemain tersebut difahamkan akan mengisi kuota pemain import ASEAN skuad Tok Gajah bagi menggantikan tempat pemain dari Myanmar, Aung Kaung Mann.

Nama Billy mula menjadi buah mulut peminat bola sepak di Asia Tenggara pada bulan lalu apabila beliau dipanggil menyertai skuad kebangsaan Laos buat kali pertama untuk menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Walaupun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol, aksi pemain yang berusia 31 tahun itu dikhabarkan telah menarik minat pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel untuk mendapatkan khidmatnya dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Sri Pahang adalah pasukan Asia pertama yang disertai oleh pemain itu yang memulakan karier bolasepak profesionalnya dengan kelab Ligue 1 Perancis, Strasbourg pada tahun 2009.

Beliau juga pernah menyertai kelab Ligue 2, AJ Auxerre dan sempat menjadi rakan sepasukan kepada bekas pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme dalam kelab Ligue 1, Angers SCO pada musim 2016.

Pada musim lepas, Billy beraksi dengan pasukan Ligue 2, USL Dunkerque dan berjaya menjaringkan 3 gol dalam 25 penampilan. Berdasarkan rekod, Billy telah mengumpulkan 6 gol dalam 53 penampilan Ligue 1 dan 23 gol dalam saingan Ligue 2.

Billy juga bakal menjadi pemain pertama dari Laos yang beraksi dalam Liga Malaysia jika perpindahan ini menjadi kenyataan. Kehadirannya sedikit sebanyak akan menarik minat peminat bola sepak dari Laos untuk mengikuti perkembangan Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Penyerang Berbisa Dari Serie A Bakal Sertai JDT?

Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group