Slaven Bilic tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya ke atas pengurusan tertinggi kelab yang menjual pemain tanpa persetujuannya.

Sebagai pengurus, Bilic sepatutnya menentukan pemain mana yang beliau mahu jual dan menyenaraikan pemain mana yang beliau mahu bawa masuk.

Wes Brom semalam mengumumkan Hegazi sah meninggalkan pasukan mereka. Lebih pelik, berita penjualan pemain itu dibuat mengejut.

Sedangkan sebelum itu Hegazi bersama dengan pemain lain menyertai sesi latihan taktikal untuk hari perlawanan menentang Brighton.

Bilic berkata: “Ianya jelas sekali bukan keputusan saya.”

“Bahkan pada Sabtu, ketika kami melakukan latihan taktikal, Hegazi ada bersama kami.”

“Malah kelab memberikan saya jaminan bahawa dia akan kekal.”

“Ini sangat mengecewakan saya. Kerana Hegazi sendiri menyatakan dia mahu terus kekal bersama pasukan.”

Bilic mengatakan pemain pertahanan tengah Mesir itu adalah sebahagian dari rancangannya untuk perlawanan menentang Brighton yang berkesudahan dengan seri 1-1.

“Dia mempunyai pengalaman. Dia adalah profesional sebenar,” kata Bilic kepada BBC Sport.

Hegazi bermain di kesebelasan utama buat kali pertama musim ini untuk West Brom dalam aksi seri 0-0 dengan Burnley pada 19 Oktober.

Bilic menambah: “Saya mahu dia terus kekal dan dia mahu kekal dan kemudian berlaku sesuatu — dan kemudian dia pergi walaupun saya mendapat jaminan dari kelab bahawa dia akan kekal.”

ElSHuAgVcAAIuvB

“Itu berlaku semalam. Sudah tentu saya tidak gembira. Saya benar-benar kecewa kerana kami memerlukan pemain. Sudah tentu ada aspek ekonomi tetapi kami adalah kelab bola sepak.”

Hegazi membuat 104 penampilan untuk West Brom dan memulakan 14 perlawanan musim lalu ketika mereka memenangi promosi ke Liga Perdana dari Liga Kejuaraan.

Baca juga perkembangan lain

Bartomeu Minta Kerajaan Tangguh Usul Tidak Percaya Nak Singkirkannya Demi Keselamatan Rakyat

Pogba Mahu Saman The Sun Kerana Laporan Tak Berasas

Arteta Kritik Leicester ‘Parking Bas’ & Pengadil Batalkan Gol Lacazette