Sejak 10 hari yang lalu, selepas Luqman Hakim menandatangani kontrak 5 tahun bersama KV Kortrijk laman sosial Facebook kelab tersebut telah mencatatkan peningkatan bilangan like dan followers yang mendadak.

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lihat dari hari sebelum majlis menandatangani kontrak pada 6 Ogos, laman Facebook KV Kortrijk memiliki seramai 66,327 likes dan 69,466 followers.

Nota: Angka tersebut sebenarnya sudah pun bertambah sejak pengumuman Luqman Hakim akan meyertai KV Kortrijk pada bulan September 2019.

KVKB

Terkini, ketika artikel ini ditulis laman Facebook mereka telah pun mencapai 88,381 like dan bilangan followers pula adalah sebanyak 91,722.

Mengikut peratusan, bilangan like mencatatkan peningkatan sebanyak 33.25% manakala untuk bilangan followers pula merekodkan kenaikan sebanyak 32.03% dalam tempoh 10 hari sahaja!

Jumlah ini dijangka akan memecah tembok 6 angka tidak lama lagi dan pastinya kini hampir separuh pengikut laman sosial Facebook KV Kortrijk adalah dari Malaysia.

Screenshot 2020-08-14 at 11.29.57 AM

Inilah impak segera yang diperolehi oleh KV Kortrijk selepas memiliki Luqman Hakim dan mereka perlu bijak menggunakan peluang yang ada untuk faedah kelab.

Strategi merchandise konversial mungkin perlu diubah supaya lebih kreatif dan menggunakan konsep local relevance kepada Luqman Hakim sekiranya mereka mahu menjana sesuatu ketika ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

Ada Pihak Mula ‘Panas Bontot’ Selepas Isu ‘Double Contracts’ Pemain Jadi Bualan Hangat